Boria Zaman Dahulu

Jumaat, Disember 28, 2007

JIBRAN TUKANG KARANG


Namanya Jibran, tukang karang nombor satu
Suara dan nyanyiannya, memang bermutu
Kerjanya banyak, sebok setiap waktu
Berkaitan dengan boria, Jibran boleh bantu

Isnin, Disember 24, 2007

MAMU TANJUNG DI PROGRAM MERAKYATKAN SENI







Kumpulan Mamu Tanjung yang terdiri dari Chop, Bakar, Sharifah Dan Omara telah mengadakan tiga kali bengkel boria bertempat di ‘Booth’ Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara di perkarangan Festival Boria Pemuda dan Program Merakyatkan Senibudaya bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Berbagai penerangan serta contoh persembahan boria dapat diikuti oleh pengunjung-pengunjung yang lalu di situ. Ramai yang mengambil kesempatan mendalami ‘apa itu boria’ disamping menyaksikan persembahan sketsa dan boria. Kumpulan Mamu Tanjung turut dibantu oleh beberapa orang sailor dan tukang karang dari Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang.

Foto atas ialah persembahan khas boria Kumpulan Budayasari pada hari terakhir Program Merakyatkan Senibudaya tersebut dimana babak sketsa dilakunkan oleh Kumpulan Mamu Tanjung. Lain-lain menunjukkan Kumpulan Mamu Tanjung semasa mengadakan bengkel boria.


Di Padang Kota, Pulau pinang
Persembahan boria, telah tercanang
Bayu bertiup, nyaman dan tenang
Pasti terhibur, dibawa kenang

Boria terkenal, di Pulau Mutiara
Kini dah berkembang, dalam negara
Persembahannya ceria, riang gembira
Selamat datang, membuka acara

Rabu, Disember 12, 2007

MUZIK BORIA @ MINUS ONE BORIA

Warisan Boria banyak menerima pertanyaan mengenai lagu-lagu boria, minus one boria atau muzik boria dan vcd contoh persembahan boria. Sukacita diberitahu, terdapat beberapa orang penggiat boria dan pemuzik boria yang berpengalaman. Anda boleh menempah minus one boria ataupun dibuatkan lagu khas boria untuk anda. Sila telefon terus saya - Omara, di talian - 019 5161788 atau email - omara353535@hotmail.com pada bila-bila masa. Saya juga bersedia memberikan khidmat nasihat percuma mengenai boria dan peraturannya. – OMARA (Warisan Boria)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...