Boria Zaman Dahulu

Isnin, Disember 29, 2008

Kenangan Boria 80an Persembahan KUDRAT

Gambar 1 - Di awal tahun 80an, Kumpulan Boria KUDRAT (Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat Seberang Perai) dibawah pimpinan Omara sedang membuat persembahan. Tukang Karang - Mohd. Yusof Hussin. Antara sailornya - Yusof Mat, Miskin Darus, Zaleha Abdul, Mat Isa Salleh, Asrul dan dll.

Gambar 2 dan Gambar 3 - Kumpulan Sketsa Boria KUDRAT yang terdiri dari Asrul, Yusof Hashim (Chop), Che Amah dan Mat Isa Salleh.


Gambar 4 - Kelihatan sailor Miskin Darus, Maimun, Zaidi, Wahab Ishak dan lain-lain.



Isnin, Disember 15, 2008

BORIA ASLI DI SUNGAI ARA GAMATKAN FESTIVAL MERAKYATKAN SENI

Kumpulan Boria Pulau Pinang telah
menggamatkan Malam Festival Merakyatkan Seni Budaya yang berlangsung di Perkarangan Taman Desaria Sri Merpati, Sungai Ara, Pulau Pinang. pada malam 14 Disember 2008.

Tajuk - Merakyatkan Seni
Pemimpin - Omara
Karangan - Omara
Tukang Karang - Jibran
Sketsa - Chick, Chop, Shamsuddin dan Bakar.
Lagu - Omara dan Zulkifli Omar


Sabtu, Disember 13, 2008

Rabu, Disember 03, 2008

Rangkap Karangan - Warisan Dunia, George Town Di Hebah

Rangkap Karangan
oleh: Omara

Hormat dan salam, susunan sembah
Rangkap karangan, boria digubah
Warisan dunia, George Town dihebah
Boria Pulau Pinang, salam muhibbah

Setelah teliti, dikaji dikesan
Akhirnya UNESCO, membuat keputusan
George Town menjadi, Bandar warisan
Bersama Melaka, terima bingkisan

Di bawah kategori, warisan budaya
Berbilang kaum, pelbagai gaya
Hidup harmoni, bersatu berjaya
Mutiara Timur, indah bercahaya

Merafak sembah, menyusun jari
Karangan boria, kami akhiri
Pulau Mutiara, terus berseri
Boria Pulau Pinang, mengundur diri

Selasa, Disember 02, 2008

Boria Finale George Town Melaka Gegarkan Dataran Merdeka

Persembahan Finale Kumpulan Boria bersama-sama kumpulan perarakan kebudayaan dari kedua-dua negeri. Tukang karang ialah penyanyi yang tidak asing lagi Nassier Wahab (sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau ialah tukang karang Kumpulan Boria Bistari, Telok Air Tawar, Butterworth).

Lagu boria Finale dicipta oleh Zulkifli Omar dan idea oleh Omara.
Rangkap Karangan ditulis oleh Omar M. Hashim (Omara). Pengajar Geraktari Boria - Yanti (P. Pinang). Gambar-gambar diambil oleh Omara pada malam raptai penuh 21 November 2008.




Isnin, Disember 01, 2008

Perarakan dan Persembahan Boria Pulau Pinang di Majlis Pengistiharan Watikah George Town Melaka Bandar Warisan Dunia



Setelah menunjukkan Pra persembahan pada petang 22hb. November di Dataran Merdeka, Kumpulan Boria Klasik Pulau Pinang sekali lagi menyertai perarakan dan membuat persembahan di pentas utama berhadapan pentas diraja sempena Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di Dataran Merdeka.

Pada Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

Penyerahan watikah itu disampaikan oleh Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Tuanku Mizan.


Turut hadir pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Kumpulan Boria Pulau Pinang menunjukkan persembahan boria sebelum merdeka. Kostum, prop dan irama lagunya juga seperti boria zaman dahulu.  

Antara yang menyertai persembahan boria ini ialah: Ahmad Nizam Ramli, Hazlan Abdul Hamid, Hazli Abd. Hamid, Hamizar Abd. Hamid, Ahmad Hazimin Abu Bakar, Khuri Mohd Noor, Haizal Hezree Mohd. Hussain, Mohd Firdaus Mazlan, Azmir Aziz, Wan Azrul Azizan, Hasrol Hisham Mohd. Hassan, Rosely Abdullah, Shamsuddin Othman, Jibran Khalil Sinda Madar, Zahari Rasid, Aura Almahadi Khuri, Mustaffa Ishak, Omar Hashim, Wan Kamarulzaman dan ramai lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...