Boria Zaman Dahulu

Selasa, September 22, 2015

Pelawak dan Pelakon Sketsa Boria Pak Piee terima anugerah tokoh Senibudaya Negeri Pulau Pinang 2015

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menobatkan Shafiee Bin Jaafar, 85, atau lebih mesra Pak Pie  sebagai Tokoh Seni Budaya Pulau Pinang. Pemilihan Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang memang tepat memandangkan Pak Pie bukan saja terlibat sebagai pelakon sketsa boria malah lebih jauh dari itu.
Pak Pie juga terlibat dalam dunia lakonan dan telah berlakon dalam duabelas filem bermula dari tahun 1984 dalam filem Minah Manja dan filem terakhir setakat ini Kongsi yang dikeluarkan  pada tahun 2011.
Beliau juga pernah menjadi artis rakaman bersama Omara Production menyanyikan lagu-lagu berunsur lawak bersama  Maidin dan M.Sharif. Album Hijau kuning  'meletup' di pasaran dan terjual sehingga melebihi 200,000 unit. Sehingga kini lagu


lagu dari album ini diminati ramai walaupun telah berlalu lebih duapuluhtahun.
Majlis AnugerahTokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di  Cititel Hotel di Pulau Pinang. Pak Pie membawa balik Sijil AnugerahTokoh Seni Budaya, Replika Keris serta wangTunai RM2,000.
Pak Pie yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 memulakan kembara seninya sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam HiburanParti, Sungai Petani, Kedah.  Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis kenduri kahwin.Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam padanya.
Pada tahun 1980an Pak Pie menyertai Kumpulan Boria Sungai Pinang pimpinan Pak Daud dan menyertai Pertandingan  Dendang Rakyat dan menjadi Johan selama 7 tahun berturut-turut.Kejayaan Kumpulan Boria Sungai Pinang ini banyak bergantung kepada lakonan sketsa Pak Pie.
Pak Pie  memperkenalkan lawak jenaka loyar buruk. Pak Pie akan menggunakan suku kata yang sama ketika berlawak atau berlakun sketsa boria. Inilah keistimewaan yang ada kepada Pak Pie yang mengeluarkan kata-kata itu secara spontan.
Menurut Omara yang pernah menjadi Producer Album Pak Pie, anugerah ini memang wajar dan tetap pada masanya.Sesungguhnya Pak Pie menghabiskan sebahagian besar usianya terlibat dalam dunia seni dan budaya.
“Kebolehan Pie yang bermula sebagai pelakon sketsa boria, membawa dirinya ke dunia lakonan dan membuat album, memang tiada tandingannya.” Ujar Omara kepada UtaraPos
Tulisan oleh: Arzaman Sulaiman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...