
Suara dan nyanyiannya, memang bermutu
Kerjanya banyak, sebok setiap waktu
Berkaitan dengan boria, Jibran boleh bantu



FESTIVAL BORIA PEMUDA '07 TELAH BERLANGSUNG DI PADANG KOTA LAMA, PULAU PINANG DENGAN JAYANYA. JOHAN - BORIA PEMUDA KEDAH. NAIB JOHAN - BORIA PEMUDA JOHOR. KE TIGA - BORIA PEMUDA KELANTAN. Tahniah kepada semua pemenang. Dan tahniah juga kepada semua negeri yang menyertai festival boria ini kerana telah berjaya menunjukkan kesungguhan mertabatkan kesenian warisan Pulau Mutiara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. WARISAN BORIA akan menyiarkan gambar-gambar satu persatu setiap hari di blog ini. Lawatilah blog ini selalu, banyak berita dan artikel mengenai boria ada di dalamnya.A shot in the arm for boria, 360 to perform in Penang festival
PENANG: Boria was once almost synonymous with Penang, but the art has been waning in recent times.
Today, the art will receive a huge shot in the arm when 360 Umno Youth members – all from outside Penang – take to the stage in the Pemuda boria Festival here to help revive boria.
SILA KLIK....LAMAN RASMI PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.... ada gambar-gambar boria semasa di Festival. |
Warisan boria, gilang gemilang
Dalam
Di persada seni, tak mungkin hilang
Budayasari, tetap cemerlang
Sempena hari raya, dan juga merdeka
Dapatlah kita, bertemu muka
Merapatkan hubungan, berseronok suka
Di dalam majlis, rumah terbuka
Bertemu kita, orang utara
Di satu majlis, di satu acara
Dalam suasana, riang gembira
Rakan dan teman, berjumpa mesra
Di majlis ini, kita bertemu
Anak mami, pandang tak jemu
Pi mai pi mai, pi mai tang tu
Samalah kita, bantu membantu
Mailah sama-sama, kita bersatu
Setiap masa, setiap waktu
Jumpa begini, seronoklah sakan
Sahabat handai, kawan dan rakan
Juadah di depan, pakatlah makan
Majlis yang indah, kita raikan
Anak mami, pun juga ada
Tak kira berumur, atau yang muda
Manis ada, masam tiada
Kalau nak tenung, berpada pada
Tak ada boria, memang tak kena
Untuk hiburan, meriah suasana
Pakaian pula, berbagai warna
Majlis ceria, baru sempurna
Persatuan kebajikan, nama diberi
Melayu pulau pinang, teguh berdiri
Masa berlalu, berganti hari
Bernaung selesa, anak negeri
Persembahan kami, sampai di sini
Tibalah masanya, berundur kini
Demi martabatkan, budaya dan seni
Budayasari, harapan murni



Simposium Boria terbesar ini telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Lumut. Bagi membangunkan semula zaman kegemilangan boria, seramai 50 peserta terdiri dari cendikiawan, aktivis dan pakar rujuk boria serta pegawai-pegawai dari Bahagian Warisan KEKWA telah menghadiri Simposium ini.







2. Omar M. Hashim (Omara) bersama tokoh boria Abdullah Darus (Pak Lah).
Datuk Ahmad Daud di zaman mudanya pernah mengambil bahagian dalam pertandingan boria dengan mewakili Kampung Rauna, Pulau Pinang. Penyertaannya, tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai tukang karang dan pelawak terbaik.
Filem: Siapa Besar (1961), Aksi Kuching, Pusaka Pontianak, Kaca Permata, Jungle Boy, Kacha Permata, Melancong Ke Tokyo, Permintaan Terakhir dan Kau Sumber Ilhamku.
Aini Omar, Tukang karang boria wanita yang tidak asing lagi di Pulau Pinang dalam tahun 70an. Beliau juga pernah menunjukkan persembahannya di Tv1 RTM bersama-sama kumpulan borianya pada masa itu. Kini anak lelakinya aktif menyanyi dan pernah memenangi Bintang Asli Remaja di Pulau Pinang.
Nassier Wahab, suatu nama yang tidak asing lagi di arena seni suara tanahair. Nassier yang berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth adalah tukang karang boria yang tidak asing lagi dengan kumpulannya Boria Bistari, Butterworth pimpinan Sarjan Bakar. Kumpulan borianya sering memenangi pertandingan boria termasuk Pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM di tahun 80an.





