


Warisan Boria terima beberapa keping gambar dari bekas pelajar SRK Assumption Butterworth. Menurutnya gambar-gambar ini diambil semasa Karnival Seni Jauhi Dadah 2001
Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Kompleks Pustaka Warisan Seni, Pulau Pinang.Warisan Boria ucapkan terima kasih kerana mendapat gambar-gambar ini. Saya kenal gurubesar sekolah ini dahulu iaitu Cikgu Latiff seorang penggiat boria juga. Kalau tak silap pada masa itu saya (Omara) pernah bersama-sama dengan rakan saya Rosely Abdullah ataupun Chik menyaksikan latihan kumpulan boria ini yang dibuat di Butterworth. Tahniah atas kejayaan kumpulannya. Syabas juga kepada Cikgu Latiff dan rakan-rakan guru yang lain.
Jika anda ada gambar-gambar lain mengenai seni warisan boria atau berita-berita yang berkaitan, sila hantarkan kepada Warisan Boria untuk dikongsikan bersama.
Gambar: Karnival Seni Jauhi Dadah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2001.