Sharifah Juairiah, salah seorang pelakon sketsa boria Kumpulan Mamu Tanjong akan muncul dalam teater komedi "BILA LAGI KOMPANG BERBUNYI" arahan Razali Ridzuan yang akan dipentaskan di Auditorium P. Ramlee, Taman Budaya Negeri Pulau Pinang pada 1, 2 & 3 Mei 2008. Bagaimana lakonan Sharifah nanti? Sama-sama kita tunggu dan saksikan. Boria Zaman Dahulu
Isnin, Mac 31, 2008
APA SHARIFAH DOK BUAT TU?
Sharifah Juairiah, salah seorang pelakon sketsa boria Kumpulan Mamu Tanjong akan muncul dalam teater komedi "BILA LAGI KOMPANG BERBUNYI" arahan Razali Ridzuan yang akan dipentaskan di Auditorium P. Ramlee, Taman Budaya Negeri Pulau Pinang pada 1, 2 & 3 Mei 2008. Bagaimana lakonan Sharifah nanti? Sama-sama kita tunggu dan saksikan. Isnin, Mac 17, 2008
SEKITAR FESTIVAL BORIA MAKUM 2008




Kumpulan Boria USM, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memenangi tempat pertama Festival Boria MAKUM 2008 yang berlangsung di Dewan Budaya USM Pulau Pinang pada 16hb. Mac 2008. Boria USM membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala iringan. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Boria Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor dengan menerima wang tunai sebanyak RM2,000. Kumpulan Boria Anak Pauh dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Seberang Perai pula membawa pulang wang tunai RM1,000 menduduki tempat ketiga.Lain-lain kumpulan yang turut bertanding ialah Kumpulan Boria Sri Sembilan, Universiti Malaya (UM), Kumpulan Boria Utama, Universiti Utara Malaysia (UUM), Boria UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Boria UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Boria Seri Warisan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Boria UTM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM danBoria USIM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Isnin, Februari 25, 2008
BORIA PILIHANRAYA KE 12
PILIHANRAYA KE 12Pilihan raya, tajuk utama
Lapan bulan Mac, hampir menjelma
Amalan demokrasi, adil saksama
Warisan Boria, turut bersama
Bila parlimen, telah dibubar
Semua pihak, mulalah berdebar
Radio tv, internet dan akhbar
Pelbagai maklumat, berita dan gambar
Pilihan raya, sungguh bererti
Disertai oleh, pelbagai parti
Untuk memperolehi, kerusi majoriti
Matlamat kemenangan, sudahlah pasti
Tigabelas hari, diberi masa
Parti berkempen, dengan selesa
Pelbagai janji, diucap sentiasa
Untuk rakyat, semua bangsa
Jangan abaikan, tak ambil perduli
Pilihan raya, tidak terkecuali
Lima tahun, hanya sekali
Peluang hilang, tak boleh dibeli
Parti politik, bergerak berani
Riuh berkempen, ke sana dan sini
Menyatakan hasrat, tujuan murni
Manifesto diterang, matlamat terkini
Pelbagai ayat, serta kalimah
Ada yang kempen, rumah ke rumah
Semua ceria, mesra dan ramah
Di pihak pembangkang, atau pencadang
Elakkan bertengkar, marah meradang
Walaupun tewas, atau kecundang
Pusat mengundi, di merata tempat
Pergilah mengundi, segera dan cepat
Jangan lengah, takut tak sempat
Calun dipilih, biarlah tepat
Keluarlah seluruh, rakyat jelata
Sepuluh perpuluhan, enam juta
Demi membentuk, negara tercinta
Wahai saudara, serta saudari
Terletak kepada, kita sendiri
Membuat keputusan, di hujung jari
Pilih wakil, persekutuan dan negeri
Persembahan kami, berakhir tamat
Kepada semua, tabik dan hormat
Demikianlah nasihat, serta maklumat
Warisan Boria, ucapkan selamat
Rangkap Karangan Oleh:
Omar M. Hashim (OMARA)
(Dilarang mengambil rangkap karangan boria ini melainkan dengan menghubungi saya sendiri Omar M. Hashim di talian: 019-5161788 / 013-4220091 atau e-mail: omarhashim91@gmail.com)
Rabu, Februari 13, 2008
PAKAIAN BORIA

Jumaat, Januari 25, 2008
Khamis, Januari 24, 2008
BORIA '70AN

Jumaat, Disember 28, 2007
JIBRAN TUKANG KARANG
Isnin, Disember 24, 2007
MAMU TANJUNG DI PROGRAM MERAKYATKAN SENI



Foto atas ialah persembahan khas boria Kumpulan Budayasari pada hari terakhir Program Merakyatkan Senibudaya tersebut dimana babak sketsa dilakunkan oleh Kumpulan Mamu Tanjung. Lain-lain menunjukkan Kumpulan Mamu Tanjung semasa mengadakan bengkel boria.
Persembahan boria, telah tercanang
Bayu bertiup, nyaman dan tenang
Pasti terhibur, dibawa kenang
Boria terkenal, di Pulau Mutiara
Kini dah berkembang, dalam negara
Persembahannya ceria, riang gembira
Selamat datang, membuka acara
Rabu, Disember 19, 2007
Rabu, Disember 12, 2007
MUZIK BORIA @ MINUS ONE BORIA
Jumaat, November 30, 2007
Festival Boria Pemuda '07
FESTIVAL BORIA PEMUDA '07 TELAH BERLANGSUNG DI PADANG KOTA LAMA, PULAU PINANG DENGAN JAYANYA. JOHAN - BORIA PEMUDA KEDAH. NAIB JOHAN - BORIA PEMUDA JOHOR. KE TIGA - BORIA PEMUDA KELANTAN. Tahniah kepada semua pemenang. Dan tahniah juga kepada semua negeri yang menyertai festival boria ini kerana telah berjaya menunjukkan kesungguhan mertabatkan kesenian warisan Pulau Mutiara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. WARISAN BORIA akan menyiarkan gambar-gambar satu persatu setiap hari di blog ini. Lawatilah blog ini selalu, banyak berita dan artikel mengenai boria ada di dalamnya.dari THE STAR ONLINE sila klik untuk mengikuti berita Festival Boria.
A shot in the arm for boria, 360 to perform in Penang festival
PENANG: Boria was once almost synonymous with Penang, but the art has been waning in recent times.
Today, the art will receive a huge shot in the arm when 360 Umno Youth members – all from outside Penang – take to the stage in the Pemuda boria Festival here to help revive boria.
dari LAMAN WEB PEMUDA UMNO sila klik untuk mengikuti berita Festival Boria.
SILA KLIK.....
SILA KLIK....LAMAN RASMI PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.... ada gambar-gambar boria semasa di Festival. |
Selasa, November 27, 2007
KUMPULAN BORIA
Ahad, November 18, 2007
PERSEMBAHAN BORIA
DI SEAFOOD RESTORAN, JALAN ARA, BANGSAR, KUALA LUMPUR
PADA SABTU 17 NOVEMBER 2007
MAJLIS HARI RAYA DAN MERDEKA 50
ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK MELAYU PULAU PINANG
Tukang Karang
HASMAN BIN HASSAN
Sketsa
OMARA, CHOP (PAK KOJEK), MAMU BAKAR dan LAN
Karangan Boria
OMAR M. HASHIM (OMARA)
Warisan boria, gilang gemilang
Dalam
Di persada seni, tak mungkin hilang
Budayasari, tetap cemerlang
Sempena hari raya, dan juga merdeka
Dapatlah kita, bertemu muka
Merapatkan hubungan, berseronok suka
Di dalam majlis, rumah terbuka
Bertemu kita, orang utara
Di satu majlis, di satu acara
Dalam suasana, riang gembira
Rakan dan teman, berjumpa mesra
Di majlis ini, kita bertemu
Anak mami, pandang tak jemu
Pi mai pi mai, pi mai tang tu
Samalah kita, bantu membantu
Mailah sama-sama, kita bersatu
Setiap masa, setiap waktu
Jumpa begini, seronoklah sakan
Sahabat handai, kawan dan rakan
Juadah di depan, pakatlah makan
Majlis yang indah, kita raikan
Anak mami, pun juga ada
Tak kira berumur, atau yang muda
Manis ada, masam tiada
Kalau nak tenung, berpada pada
Tak ada boria, memang tak kena
Untuk hiburan, meriah suasana
Pakaian pula, berbagai warna
Majlis ceria, baru sempurna
Persatuan kebajikan, nama diberi
Melayu pulau pinang, teguh berdiri
Masa berlalu, berganti hari
Bernaung selesa, anak negeri
Persembahan kami, sampai di sini
Tibalah masanya, berundur kini
Demi martabatkan, budaya dan seni
Budayasari, harapan murni
Khamis, November 15, 2007
Khamis, November 08, 2007
SKETSA BORIA ' LANCA '

SEJARAH BECA
Sejarah beca bermula di Pulau Pinang apabila "jinrickisha" atau "lancha" iaitu kenderaan dua roda yang ditarik secara berlari diperkenalkan pada 1926.
Kenderaan itu sangat popular untuk membawa penumpang dan barang-barang di mana pada 1927, sebanyak 3,821 lancha didaftarkan dengan Jabatan Kenderaan Pulau Pinang, iaitu sebanyak 3,441 sebagai kenderaan awam dan sebanyak 380 lagi sebagai kenderaan persendirian.
Bagaimanapun, populariti lancha menurun mulai 1941 bila kenderaan berkayuh tiga roda atau beca diperkenalkan.
Pada 1967, sebanyak 1,523 beca didaftarkan tetapi hanya sebuah lancha yang didaftarkan. Pada 1968, tiada lancha didaftarkan semula.
Beca terus mendapat tempat di kalangan masyarakat umum di mana pada 1970, sebanyak 2,559 didaftarkan.
Populariti beca juga tidak bertahan kerana mulai 1971, jumlah beca semakin berkurangan.
Mulai tahun 2004 dan sehingga kini, hanya tinggal kira-kira 200 beca sahaja yang masih berfungsi dengan baik dan hanya 130 beca sahaja yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan MPPP. BERNAMA
Selasa, November 06, 2007
SIMPOSIUM BORIA 2005 DI LUMUT


Simposium Boria terbesar ini telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Lumut. Bagi membangunkan semula zaman kegemilangan boria, seramai 50 peserta terdiri dari cendikiawan, aktivis dan pakar rujuk boria serta pegawai-pegawai dari Bahagian Warisan KEKWA telah menghadiri Simposium ini.1. Peserta simposium semasa dalam bengkel boria.
3. Sebahagian peserta, dari kiri, Abu Bakar Kassim, Chick, Omara, Dato' Professor Dr. Ghouse dan Hilmi.
Ahad, November 04, 2007
BENGKEL BORIA





Sempena Program Merakyatkan Seni & Budaya
Festival Boria Pemuda 2007
25-27 Oktober 2007
Hotel Hydro Majestic
Batu Ferringhi
Khamis, Oktober 25, 2007
AZIZ DESA BERSAMA ORANG BORIA
Jumaat, September 28, 2007
BORIA MAMU MAIDIN
Khamis, September 20, 2007
KENANGAN SEMINAR BORIA 1983 DI USM P. PINANG



Seminar Boria telah diadakan di USM Pulau Pinang dalam tahun 1983. Ramai tokoh-tokoh dan penggiat boria bertemu di majlis tersebut untuk membentang dan mendengar kertas-kertas kerja mengenai boria. Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan Belia Dan Sukan Pulau Pinang (pada masa itu).
1. Sebahagian peserta seminar yang terdiri dari penggiat-penggiat boria dan Yusof (Pak Kojek) juga turut serta.
2. Omar M. Hashim (Omara) bersama tokoh boria Abdullah Darus (Pak Lah).
Rabu, September 19, 2007
BEKAS TUKANG KARANG BORIA
Datuk Ahmad Daud di zaman mudanya pernah mengambil bahagian dalam pertandingan boria dengan mewakili Kampung Rauna, Pulau Pinang. Penyertaannya, tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai tukang karang dan pelawak terbaik.Nama Penuh: Ahmad Daud Mohamad Hashim
Lahir: 12 Mac 1932
Asal: Kuarters Penang Free School, Kampung Rauna, Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak ke-11 dari 14 adik beradik
Isteri: Datin Saadiah (berkahwin pada 2 Oktober 1961)
Anak: Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina (Baby)
Kerjaya: Sebagai penyanyi secara profesional pada 1953; bergelar Pelakon apabila mengikat kontrak dengan Cathay Keris pada 1961
Filem: Siapa Besar (1961), Aksi Kuching, Pusaka Pontianak, Kaca Permata, Jungle Boy, Kacha Permata, Melancong Ke Tokyo, Permintaan Terakhir dan Kau Sumber Ilhamku.
Aini Omar, Tukang karang boria wanita yang tidak asing lagi di Pulau Pinang dalam tahun 70an. Beliau juga pernah menunjukkan persembahannya di Tv1 RTM bersama-sama kumpulan borianya pada masa itu. Kini anak lelakinya aktif menyanyi dan pernah memenangi Bintang Asli Remaja di Pulau Pinang.
Nassier Wahab, suatu nama yang tidak asing lagi di arena seni suara tanahair. Nassier yang berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth adalah tukang karang boria yang tidak asing lagi dengan kumpulannya Boria Bistari, Butterworth pimpinan Sarjan Bakar. Kumpulan borianya sering memenangi pertandingan boria termasuk Pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM di tahun 80an.Sabtu, September 08, 2007
PERTANDINGAN BORIA KWSP 2007















