Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menobatkan Shafiee Bin
Jaafar, 85, atau lebih mesra Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Pulau
Pinang. Pemilihan Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang
memang tepat memandangkan Pak Pie
bukan saja terlibat sebagai pelakon sketsa boria malah lebih jauh dari
itu.Pak Pie juga terlibat dalam dunia lakonan dan telah berlakon dalam duabelas filem bermula dari tahun 1984 dalam filem Minah Manja dan filem terakhir setakat ini Kongsi yang dikeluarkan pada tahun 2011.
Beliau juga pernah menjadi artis rakaman bersama Omara Production menyanyikan lagu-lagu berunsur lawak bersama Maidin dan M.Sharif. Album Hijau kuning 'meletup' di pasaran dan terjual sehingga melebihi 200,000 unit. Sehingga kini lagu


lagu dari album ini diminati ramai walaupun telah berlalu lebih duapuluhtahun.
Majlis AnugerahTokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Cititel Hotel di Pulau Pinang. Pak Pie membawa balik Sijil AnugerahTokoh Seni Budaya, Replika Keris serta wangTunai RM2,000.
Pak
Pie yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 memulakan kembara seninya
sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam HiburanParti, Sungai Petani,
Kedah. Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis
kenduri kahwin.Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku
Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam padanya.Pada tahun 1980an Pak Pie menyertai Kumpulan Boria Sungai Pinang pimpinan Pak Daud dan menyertai Pertandingan Dendang Rakyat dan menjadi Johan selama 7 tahun berturut-turut.Kejayaan Kumpulan Boria Sungai Pinang ini banyak bergantung kepada lakonan sketsa Pak Pie.
Pak Pie memperkenalkan lawak jenaka loyar buruk. Pak Pie akan menggunakan suku kata yang sama ketika berlawak atau berlakun sketsa boria. Inilah keistimewaan yang ada kepada Pak Pie yang mengeluarkan kata-kata itu secara spontan.
Menurut Omara yang pernah menjadi Producer Album Pak Pie, anugerah ini memang wajar dan tetap pada masanya.Sesungguhnya Pak Pie menghabiskan sebahagian besar usianya terlibat dalam dunia seni dan budaya.
“Kebolehan Pie yang bermula sebagai pelakon sketsa boria, membawa dirinya ke dunia lakonan dan membuat album, memang tiada tandingannya.” Ujar Omara kepada UtaraPos
Tulisan oleh: Arzaman Sulaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan