Antara BORIA OMARA persembahan di tahun 2022. Terus memartabatkan seni warisan Pulau Pinang. Ke arah membawa Boria di Istiharkan Warisan Dunia oleh UNESCO.

Boria Omara di Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Pelawak dan Pelakon Sketsa Boria
Tok Moh atau nama sebenarnya Hanizar Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 1
Mac 2016 bersama isterinya. Arwah berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya
di Sg. Petani, Kedah. Gambar di atas arwah Tok Moh yang di tengah, memakai baju
melayu warna hijau. Ini dalam salah satu episod semasa pengambaran Boria Asli
untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dibuat pengambaran di Balik Pulau, Pulau
Pinang tidak lama dulu.
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menobatkan Shafiee Bin
Jaafar, 85, atau lebih mesra Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Pulau
Pinang. Pemilihan Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang
memang tepat memandangkan Pak Pie
bukan saja terlibat sebagai pelakon sketsa boria malah lebih jauh dari
itu.

Pak
Pie yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 memulakan kembara seninya
sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam HiburanParti, Sungai Petani,
Kedah. Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis
kenduri kahwin.Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku
Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam padanya.
Syaifaana, tahun 2015 mula jadi tukang karang boria. Sebelum ini Syaifaana dikenali sebagai seorang penyanyi yang tidak asing lagi di Utara dan pernah berjaya hingga ke peringkat akhir Pertandingan Bintang Klasik 2012 anjuran RTM.