Saya terharu menyambut kedatangan 10 orang pelajar UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak di awal bulan Ramadhan baru-baru ini. Mereka ialah Mohamad Fadhli, Nurul Nisahanis, Robihah, Azwin, Nurulasikin, Nur Atiqah, Noor Diyanah, Nur Ain, Siti Nor Adzlia, Muhd Anwar Saifuddin dan juga Muslim dari UITM Permatang Pauh yang bertujuan untuk mengkaji dan mendalami seni warisan ghazal parti. Akhirnya mereka tertarik juga dengan seni warisan boria apabila saya memberitahu mereka yang saya juga adalah seorang penggiat boria.
Mereka gembira apabila saya berikan peluang mencuba beberapa alat muzik dan props boria. Dari perbualan dan riak air muka mereka saya yakin kesemua mereka memang benar-benar sayangkan kesenian bangsa ini.
Walaupun dari pagi hingga ke tengahari saya melayani mereka di Seberang Jaya, Seberang Perai namun saya juga turut gembira kerana dapat menerangkan dengan lebih mendalam apa itu boria.
Generasi inilah nanti yang akan menjadi pelapis dan terus melestarikan seni warisan negara kita supaya terus dipelihara ke sepanjang zaman.
2 ulasan:
Alhamdulillah...
Masih ada semangat cintakan warisan dari anak2 muda skrg..
mudah2an ianya akan terus dan terus diwarisi oleh generasi muda masa kini.. Semga setiap pengorbanan & penat lelah saudara akan mendapat balasan yang setimpal.
Teruskan berjuang demi mengembangkan seni warisan kita....
Terima kasih Adi Putra. Mungkin Adi Putra juga termasuk dari golongan mereka yang menyayangi seni budaya bangsa.
Catat Ulasan