Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Rabu, November 07, 2012

Pahlawan Cangkul Karangan Abdullah Darus



Mari kita jadi Pahlawan Cangkul,
tanam setahil hasil berpikul,
bersama menanam mengerat memukul,
isikan guni mengangkat dan memikul.

Sawah di ladang luas terbentang,
bekerja keras pagi dan petang,
hujan dan panas tiadalah pantang,
rezeki yang halal hidup tidak berhutang.

 
Alangkah mulia jadi petani,
hidupnya bebas dari jadi kerani,
makanan mewah beras berguni-guni,
aman bahagia di samping anak bini.

Hidup Pak Tani tiada berjoli,
beras dan sayur tak payah dibeli,
maksiat di desa kurang sekali,
wang tersimpan hasil tambah kembali.

Hidup petani tahan diuji,
siang bekerja malam mengaji,
lima Rukun Islam sampai ke haji,
banyak Pak Tani yang sanggup tunai janji.

Kepada petani patut dihormat,
sungguh berjasa banyak berkhidmat,
kalau dilupakan rezeki dan rahmat,
hidup di bandar tidak akan selamat.

Sebuah rangkap karangan Boria tulisan Abdullah Darus atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah Boria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...