Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Sabtu, Mac 17, 2012

Tokoh Boria Piee di Usia 80an


 Mac 2012 - Gambar terkini Pelawak, Pelakon, Tokoh Boria dan Seniman Pulau Mutiara yang tidak asing lagi Shafiee Jaafar atau pun lebih dikenali dengan panggilan Piee ( Pak Pie ).

Berusia lebih 80 tahun. Kini berehat di rumah anaknya di Telok Bahang, Pulau Pinang.  Lebih setahun Piee tidak berlakon atau berlawak lagi.  Beginilah keadaannya setiap hari di rumah.

"Saya tidak sakit. Tapi dah sampai masa nak berehat saja di rumah. Rakan rakan saya yang lain semuanya dah tiada, terutamanya yang usia sebaya. Bila-bila masa saya juga akan turut sama," katanya.

"Tapi saya bersedia untuk mencurahkan ilmu boria yang ada dari pengalaman lebih 50 tahun yang lalu. Bukan nak bawa mati," katanya. Dia juga bersedia menulis rangkap karangan boria jika diperlukan.

2 ulasan:

wafi_baiti berkata...

Lapis2 baru yang ada di Pulau Pinang atau yg merantau seharusnya lebih mengambil pengetahuan tentang boria.. jangan sampai boria hilang..jangan sampai di satu ketika nanti anak cucu kita bertanya boria tu apa?? sedangkan kita anak Pulau Pinang x mampu menjawabnya..

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Tkasih wafi baiti,
Ya... saya setuju.
Jika kita tak sayangkan seni warisan budaya sendiri, habis siapa lagi yang nak kita harapkan.
Semuanya terletak pada diri kita sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...