Boria Zaman Dahulu

Jumaat, September 16, 2022

Antara persembahan Boria Omara di tahun 2022




Antara BORIA OMARA persembahan di tahun 2022. Terus memartabatkan seni warisan Pulau Pinang. Ke arah  membawa Boria di Istiharkan Warisan Dunia oleh UNESCO.
 


Isnin, Julai 11, 2022

Photo Boria dari George Town World Heritage Incorporated


 Terima kasih George Town World Heritage Incorporated atas perkongsian gambar-gambar ini.

Boria Omara di Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Jumaat, Oktober 09, 2020

Kumpulan Sketsa Boria MAMU TANJUNG


 Kumpulan sketsa boria yang ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, Kumpulan yang dinamakan MAMU TANJUNG terdiri dari Omar Hashim ( Omara ), Abu Bakar Kassim ( Bakar Panjang ), Yusof Hashim        ( Pak Kojek ) dan Sharifah Juairiah.

Sabtu, Februari 15, 2020

Foto Boria Omara oleh Jabatan Warisan Negara

          Terima kasih Jabatan Warisan Negara yang mengambil gambar ini semasa kami buat persembahan Boria di A Date With Faridah bertempat di Penang Pac, Straits Quay, Pulau Pinang pada 9hb. Februari 2020.



















Khamis, Januari 30, 2020

Persembahan Boria di Penang Pac 9 Februari 2020


9 Februari 2020 jam 3 Petang
A Date With Faridah
Tempat - Stage 2 Penang Pac
Ada persembahan Boria juga dari Kumpulan Boria Omara

Jumaat, Januari 03, 2020

Tiga Kumpulan Boria di Malam Boria Pesta Pulau Pinang


BORIA BUKIT GEDONG, BORIA OMARA DAN BORIA KLASIK MUTIARA DI PESTA PULAU PINANG 2019


 

MALAM BORIA di Pesta Pulau Pinang 2019. Tiga buah kumpulan Boria telah dipilih buat persembahan di Pentas Arena Tapak Pesta Pulau Pinang. 1. Kumpulan Boria Bukit Gedong. 2. Kumpulan Boria Omara dan 3. Kumpulan Boria Klasik Mutiara.


Ahad, Disember 08, 2019

Rabu, November 13, 2019

Sabtu, September 07, 2019

KUMPULAN SKETSA BORIA - Mamu Tanjung. Antara kumpulan yang aktif


Antara Kumpulan Sketsa Boria yang aktif hingga ke hari ini ialah Kumpulan MAMU TANJUNG. Terdiri dari Abu Bakar Kassim, Omara, Sharifah Juairiah dan Yusof Hashim Pak Kojek.

Jumaat, Ogos 30, 2019

Sebuah sketsa boria Boria Dendang Rakyat RTM oleh Kumpulan Boria Sungai Pinang.

Khamis, Mac 03, 2016

Boria dan Lagu Boria

Ada perbezaan antara 'Boria' dan 'Lagu Boria'
Sebenarnya Boria ialah persembahan lengkap yang kita saksikan di pentas iaitu ada sketsa di permulaannya dan seterusnya persembahan oleh tukang karang dan sailor.
Lagu Boria pula ialah lagu yang dimasukkan elemen boria di dalamnya.
Seperti juga Ghazal Party atau Dikir Barat yang dimasukkan elemen boria di dalamnya tidaklah boleh kita samakan dengan boria.
Boria tetap boria apabila ada sketsa di permulaannya (iaitu cerita sebabak yang mengikut peraturan boria), diikuti oleh nyanyian oleh tukang karang yang memegang tongkat dan menyampaikan dengan rangkap karangan yang disusun rima atau hujungnya bunyi sama serta gerak tari dan nyanyian oleh sailor.
Persembahan boria dan cara persembahan boria berubah dari zaman dahulu ke zaman sekarang ini.
Cumanya ciri-ciri penting boria seperti yang disebutkan di atas tetap ada dan diikuti.
Lagu boria bebas dan tidak terikat atau dibuat khas. Lagu boria boleh dipilih dari lagu-lagu yang sedia ada dan sesuai untuk dijadikan lagunya. Terpulang kepada kumpulan boria untuk memilih apa-apa lagu yang sesuai.

Pandangan dari saya:
Penulis Blog Warisan Boria
Omar Hashim (Omara)

Rabu, Mac 02, 2016

Pelawak / Pelakon Sketsa Boria Tok Moh Meninggal Dunia



Pelawak dan Pelakon Sketsa Boria Tok Moh atau nama sebenarnya Hanizar Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 1 Mac 2016 bersama isterinya. Arwah berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sg. Petani, Kedah. Gambar di atas arwah Tok Moh yang di tengah, memakai baju melayu warna hijau. Ini dalam salah satu episod semasa pengambaran Boria Asli untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dibuat pengambaran di Balik Pulau, Pulau Pinang tidak lama dulu.




Berita di bawah pula di petik dari 

Harian Metro oleh:  Rudy Syareme Sheriffudin 
Bayan Lepas: Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran Taman Keladi, Sungai Petani petang semalam selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Maqbul, Teluk Kumbar di sini, 11.45 pagi tadi.
Jenazah aktivis teater, Hanizar Abdul Hamid, 44 dan isterinya, Zaiton Awang, 42, tiba dengan dua van jenazah di masjid kira-kira 11 pagi dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah untuk disembahyangkan.
Suasana pilu menyelubungi apabila sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah pasangan suami isteri itu yang terbabit kemalangan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
Turut hadir, ibu Hanizar, Hasnah Bakar, 70, serta sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai.
Arwah meninggalkan empat anak berusia lapan hingga 15 tahun yang kini dijaga Hasnah.

Selasa, September 22, 2015

Pelawak dan Pelakon Sketsa Boria Pak Piee terima anugerah tokoh Senibudaya Negeri Pulau Pinang 2015

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menobatkan Shafiee Bin Jaafar, 85, atau lebih mesra Pak Pie  sebagai Tokoh Seni Budaya Pulau Pinang. Pemilihan Pak Pie sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang memang tepat memandangkan Pak Pie bukan saja terlibat sebagai pelakon sketsa boria malah lebih jauh dari itu.
Pak Pie juga terlibat dalam dunia lakonan dan telah berlakon dalam duabelas filem bermula dari tahun 1984 dalam filem Minah Manja dan filem terakhir setakat ini Kongsi yang dikeluarkan  pada tahun 2011.
Beliau juga pernah menjadi artis rakaman bersama Omara Production menyanyikan lagu-lagu berunsur lawak bersama  Maidin dan M.Sharif. Album Hijau kuning  'meletup' di pasaran dan terjual sehingga melebihi 200,000 unit. Sehingga kini lagu


lagu dari album ini diminati ramai walaupun telah berlalu lebih duapuluhtahun.
Majlis AnugerahTokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di  Cititel Hotel di Pulau Pinang. Pak Pie membawa balik Sijil AnugerahTokoh Seni Budaya, Replika Keris serta wangTunai RM2,000.
Pak Pie yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 memulakan kembara seninya sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam HiburanParti, Sungai Petani, Kedah.  Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis kenduri kahwin.Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam padanya.
Pada tahun 1980an Pak Pie menyertai Kumpulan Boria Sungai Pinang pimpinan Pak Daud dan menyertai Pertandingan  Dendang Rakyat dan menjadi Johan selama 7 tahun berturut-turut.Kejayaan Kumpulan Boria Sungai Pinang ini banyak bergantung kepada lakonan sketsa Pak Pie.
Pak Pie  memperkenalkan lawak jenaka loyar buruk. Pak Pie akan menggunakan suku kata yang sama ketika berlawak atau berlakun sketsa boria. Inilah keistimewaan yang ada kepada Pak Pie yang mengeluarkan kata-kata itu secara spontan.
Menurut Omara yang pernah menjadi Producer Album Pak Pie, anugerah ini memang wajar dan tetap pada masanya.Sesungguhnya Pak Pie menghabiskan sebahagian besar usianya terlibat dalam dunia seni dan budaya.
“Kebolehan Pie yang bermula sebagai pelakon sketsa boria, membawa dirinya ke dunia lakonan dan membuat album, memang tiada tandingannya.” Ujar Omara kepada UtaraPos
Tulisan oleh: Arzaman Sulaiman

Jumaat, Ogos 07, 2015

BORIA OMARA CARI SAILOR

INGIN JADI SAILOR (PENARI) BORIA?
Jika anda seorang perempuan berusia antara 15 hingga 25 tahun, tinggal di Pulau Pinang atau Seberang Perai atau kawasan yang berdekatan denganya, minat dalam tarian dan bersedia menjadi seorang sailor boria, sila hubungi OMARA di talian 0174430091. Temuduga akan dibuat untuk peserta yang dipilih.
Terima kasih.

Rabu, Jun 03, 2015

BORIA OMARA 2015 MELANGKAH JAUH...

 

SYAIFAANA TUKANG KARANG BORIA

Syaifaana, tahun 2015 mula jadi tukang karang boria. Sebelum ini Syaifaana dikenali sebagai seorang penyanyi yang tidak asing lagi di Utara dan pernah berjaya hingga ke peringkat akhir Pertandingan Bintang Klasik 2012 anjuran RTM.  

Bermula pada pertengahan bulan Februari 2015, Syaifaana telah dipilih untuk menyampaikan lagu-lagu Boria sebagai tukang karang untuk pengambaran sebuah rancangan tv RTM yang bertajuk MAI BORIA. Dalam rancangan 13 siri ini Syaifaana telah diberi kepercayaan oleh Omara untuk menyampaikan sebuah lagu-lagu boria dalam setiap episod. Bermula dari tarikh itu, Syaifaana kerap mendapat undangan persembahan boria di Utara dan Kuala Lumpur.

Semoga Syaifaana akan terus maju sebagai seorang tukang karang boria sebagai menambahkan lagi bilangan tukang karang boria wanita yang amat kurang sekarang ini.

Kini disamping tukang karang Zulkipli Omar, Syaifaana adalah juga tukang karang 
BORIA OMARA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...