Boria Zaman Dahulu

Ahad, Disember 28, 2014

BORIA dari BERITA KAMPUS

Boria merupakan salah satu persembahan tradisional yang terdapat di utara semenanjung Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.
Omar Hashim yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni boria berkata boria pada peringkat awal ialah persembahan yang menonjolkan pelbagai isu termasuklah isu-isu sosial seperti kekeluargaan, moral dan cerita rakyat.
“Terdapat dua jenis persembahan boria, iaitu persembahan yang diundang khas oleh tuan rumah untuk perayaan tertentu seperti perkahwinan dan upacara kenduri dalam bulan Muharam bagi tujuan menghiburkan masyarakat dengan lawak jenaka.
“Persembahan kedua ialah persembahan pentas yang diusahakan sebagai kegiatan komersial dan diadakan sebagai satu acara temasya pentas di banyak tempat,” katanya.
Tambah beliau, pada tahun 1960-an boria telah ditukar menjadi alat untuk menyampaikan mesej kerajaan. Semenjak itu boria telah kehilangan tarikannya sebagai satu hiburan kerana boria tidak lagi menjadi hiburan kepada masyarakat.
“Boria juga merosot apabila kurangnya promosi daripada media seperti di dalam televisyen. Beliau percaya pengaruh media amat penting untuk memperkenalkan boria dengan masyarakat.
“Pada tahun 70-an, kumpulan penggiat warisan boria telah berusaha untuk mempertahankan boria dengan terlibat dalam persembahan boria di televisyen. Pada tahun 70-an juga Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Dendang Rakyat,” jelasnya.
Katanya lagi, sejak itu RTM mula meletakkan peraturan terhadap boria dari segi pakaian seragam yang menjadi ikutan kepada penggiat boria moden.
“Boria juga mula meningkat pada tahun 70-an dan ketika itu terdapat 80 kumpulan boria yang bergiat aktif dengan mempersembahankan boria kepada masyarakat. Padang Tambun merupakan tempat berkumpulnya orang Melayu dari kampung-kampung sekitar Tanjung untuk mendapatkan hiburan melalui persembahan boria.
“Namun menjelang tahun 80-an, boria dikenali sebagai satu bentuk hiburan tradisional semakin merosot berikutan ramai kumpulan boria telah berpecah dan tidak ingin meneruskan seni boria lagi. Akhirnya pada tahun itu didapati hanya ada lima kumpulan boria yang bergiat aktif,” katanya.
Omar menambah, bagi mengekalkan warisan boria ini, terdapat usaha yang dilakukan oleh beliau untuk mempertahankan warisan boria dari terus lenyap.
“Saya telah melakukan promosi dengan membuat blog khas tentang boria. Blog ini dinamakan sebagai Warisan Boria.
“Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia juga telah mengambil langkah dengan mengadakan pertandingan boria dan pesta kebudayaan untuk menghidupkan semula warisan boria,” ujarnya.
Jelasnya lagi, pihak sekolah juga telah mengambil langkah dengan mengadakan pertandingan persembahan boria bagi mendedahkan boria kepada pelajar sekolah.
“Saya berharap dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan penggiat seni boria ini, warisan boria mampu dikekalkan khususnya oleh generasi muda daripada terus hilang,” katanya.

Isnin, November 03, 2014

AKHBAR NEW SUNDAY TIMES 12 OKTOBER 2014 BERITA BORIA TULISAN PAULINE FAN



Sebahagian petikan tulisan Pauline Fan dalam akhbar New Sunday Times keluaran 12 Oktober 2014.
BORIA MASTER
Pak Omar Hashim, 60, a famed boria exponent and performer, has been performing since he was a teenager. Growing up in the 1960’s in Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pak Omar often watched the itinerant Boria troupes that wandered from door to door during festive seasons or on makeshift stages.
Pak Omar first attempted to direct and choreograph his own boria performance while he was in Standard Five for an annual school show. This performance was enthusiastically received by his teachers, parents and friends, encouraging Pak Omar to continue his journey into the world of Boria.
Pak Omar soon joined the Bukit Mertajam Youth Association and started performing with their boria youth group, known as Kumpulan Boria Belia Bisma Simpang Empat, Bukit Mertajam. This is where Pak Omar sharpened his skills in composing Boria lyrics and as a musician, playing the harmonica. He also continued actively performing in school, even helping his team win the Boria school-championship of Penang. He later became involved with Bukit Mertajam Kumred Association and Seberang Perai Kudrat Association, where he first took on the role of leading a Boria troupe.
Pak Omar founded his own troupe in 2000, doing many boria programmes for radio, television, and local events. Blessed with creativity and versatility, Pak Omar has mastered both the asli (original) and modern styles of boria and is thus able to cater for various audiences and occasions. Since 2008, Pak Omar’s group has been known as Kumpulan Boria Omara (Omara Boria Group) and features the vivacious singer, actress and dancer, Aida Elias.
In recognition of his passionate dedication to the boria tradition, Pak Omar received, on Oct 10, the title and award of Tokoh Boria (Boria master) from the Penang Artistes’ Association.

Ahad, Oktober 26, 2014

GABUNGAN BORIA KLASIK MUTIARA dan BORIA ASLI OMARA di PANGGUNG PUSAKA KUALA LUMPUR


BORIA ASLI OMARA dan BORIA KLASIK MUTIARA dari Pulau Pinang telah bergabung dalam satu persembahan BORIA KHAS yang dianjurkan oleh PUSAKA Yayasan Sime Darby Art Festival bertempat di Panggung Pusaka The Lawn KLPAC , Sentul Kuala Lumpur. 







Tukang Karang oleh Zulkipli Omar. Muzik oleh Band Omara. Rangkap Karangan oleh Omara. Sailor oleh Sailor Boria Klasik Mutiara pimpinan Basir Ghulam. Jurulatih Tarian Yusof Helmi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...