Pengacara Tv9 yang tidak asing lagi Aziz Desa bersama Sharifah, Pak Su, Bakar, Chop (Pak Kojek) dan Baee (Sobri) dari Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang di KLIA Februari 2007.
Boria Zaman Dahulu
Khamis, Oktober 25, 2007
AZIZ DESA BERSAMA ORANG BORIA
Pengacara Tv9 yang tidak asing lagi Aziz Desa bersama Sharifah, Pak Su, Bakar, Chop (Pak Kojek) dan Baee (Sobri) dari Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang di KLIA Februari 2007.
Jumaat, September 28, 2007
BORIA MAMU MAIDIN
Tengok boria, tentu tak jemu
Ada hiburan, dan juga ilmu
Warisan Boria, tempat bertemu
Khamis, September 20, 2007
KENANGAN SEMINAR BORIA 1983 DI USM P. PINANG

Seminar Boria telah diadakan di USM Pulau Pinang dalam tahun 1983. Ramai tokoh-tokoh dan penggiat boria bertemu di majlis tersebut untuk membentang dan mendengar kertas-kertas kerja mengenai boria. Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan Belia Dan Sukan Pulau Pinang (pada masa itu).
1. Sebahagian peserta seminar yang terdiri dari penggiat-penggiat boria dan Yusof (Pak Kojek) juga turut serta.
2. Omar M. Hashim (Omara) bersama tokoh boria Abdullah Darus (Pak Lah).
Rabu, September 19, 2007
BEKAS TUKANG KARANG BORIA
Datuk Ahmad Daud di zaman mudanya pernah mengambil bahagian dalam pertandingan boria dengan mewakili Kampung Rauna, Pulau Pinang. Penyertaannya, tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai tukang karang dan pelawak terbaik.Nama Penuh: Ahmad Daud Mohamad Hashim
Lahir: 12 Mac 1932
Asal: Kuarters Penang Free School, Kampung Rauna, Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak ke-11 dari 14 adik beradik
Isteri: Datin Saadiah (berkahwin pada 2 Oktober 1961)
Anak: Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina (Baby)
Kerjaya: Sebagai penyanyi secara profesional pada 1953; bergelar Pelakon apabila mengikat kontrak dengan Cathay Keris pada 1961
Filem: Siapa Besar (1961), Aksi Kuching, Pusaka Pontianak, Kaca Permata, Jungle Boy, Kacha Permata, Melancong Ke Tokyo, Permintaan Terakhir dan Kau Sumber Ilhamku.Mohd. Noor Othman ataupun lebih dikenali dengan panggilan Pak Man Telo. Pernah menjadi tukang karang boria Kumpulan Boria Butterworth. Disamping itu, Pak Man Telo juga sering berlakon sketsa dalam boria. Beliau meninggalkan boria setelah berjaya menjadi seorang pelawak terkenal dan penyanyi lagu-lagu jenaka loghat utara.
Aini Omar, Tukang karang boria wanita yang tidak asing lagi di Pulau Pinang dalam tahun 70an. Beliau juga pernah menunjukkan persembahannya di Tv1 RTM bersama-sama kumpulan borianya pada masa itu. Kini anak lelakinya aktif menyanyi dan pernah memenangi Bintang Asli Remaja di Pulau Pinang.
Nassier Wahab, suatu nama yang tidak asing lagi di arena seni suara tanahair. Nassier yang berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth adalah tukang karang boria yang tidak asing lagi dengan kumpulannya Boria Bistari, Butterworth pimpinan Sarjan Bakar. Kumpulan borianya sering memenangi pertandingan boria termasuk Pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM di tahun 80an.Sabtu, September 08, 2007
PERTANDINGAN BORIA KWSP 2007

Sekitar pertandingan Boria KWSP 2007 anjuranKelab KWSP yang telah berlangsung di Tingkat 26, Bangunan KWSP Kuala Lumpur pada 7 September 2007. Sebanyak lima kumpulan telah mengambil bahagian. Kump. Boria N-FORCE telah dinobatkan sebagai juara. Kedua dimenangi oleh Kump. Boria 4C dan tempat ke tiga pula Kump. Boria HARTA. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Ibrahim Taib, Presiden Kelab KWSP. Pengadil dari Pulau Pinang En. Omar M. Hashim (Omara) dan En. Yusof (Pak KOjek). Walaupun kumpulan-kumpulan ini baru ditubuhkan untuk pertandingan Boria KWSP ini tapi disepanjang pertandingan mereka telah menunjukkan mutu persembahan yang baik, terutamanya di bahagian sketsa dan persembahan. Tahniah
Ahad, Ogos 26, 2007
Rabu, Ogos 22, 2007
DARI LAMAN LAIN
BORIA
Boria performances in Penang are known to date back to the nineteenth century, somewhere between 1845 and 1874. Boria is said to have originated from Persia and were brought to the island via Indians of Shiah origin.
more.....
PETIKAN SEJARAH BORIA
MAHANI MUSA USM, P. PINANG ANTARA LAIN MENULIS....
Kawalan kerajaan selepas Rusuhan Pulau Pinang 1867 menjadikan boria sebagai saluran penting untuk meneruskan kegiatan Bendera Putih dan Bendera Merah. Boria menjadi saluran mendapatkan ahli-ahli baru*(23). Setiap kawasan yang terlibat dalam kumpulan Bendera menubuhkan pasukan boria masing-masing. Boria melambangkan prestij dan pengaruh ketika itu. Sesebuah kampung atau mukim yang tidak mempunyai kumpulan boria dianggap memalukan*(24). Peluang untuk bergerak juga lebih cerah kerana kerajaan melihat boria sebagai suatu bentuk budaya.
LAGI...
APA KATA FAISAL TEHRANI MENGENAI BORIA?
'Sejarah Alternatif Dalam Ta’ziyeh (IRAN) & Boria (PULAU PINANG): Upaya Pemugaran Sejarah Yang Dinafi Penguasa
KLIK DI SINI

Ahad, Julai 15, 2007
SUARA HATI ORANG BORIA
• Kami para penggiat boria melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat kepada pihak-pihak yang merosakkan keaslian boria iaitu kesenian warisan yang harus dipelihara.
• Sejak akhir-akhir ini 'boria' telah dinoda dan dirojakkan. Boria dicincang-cincang dibuat pasembor. Asal boleh makan sudah, sakit perut pun tak apa. Ada pihak-pihak yang tidak tahu mengenai boria tapi nak buat boria. Ada penganjur boria pun tak tahu apa, pakai hentam saja. Maka jadilah boria ikut acuan mereka sendiri. Contoh paling ketara ialah persembahan boria dalam majlis anugerah Festival Filem ke 20 di Pulau Pinang. Apa yang anda saksikan di USM Pulau Pinang dan terus menerus di Tv Astro adalah contoh boria yang tidak betul. Rangkap karangan 100% salah. Depa main jugak…..
• Simposium boria anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan (KEKWA) yang dianjurkan selama lima hari di Lumut Perak September 2005 tinggal kenangan sahaja. Segala peraturan dan rumusan yang dicapai lekat di lumut saja. Tak diikut atau dipakai pun.
• Di bawah ini kami catitkan kesalahan-kesalahan persembahan boria yang pernah diadakan.
• Contohnya seperti berikut:-
• Persembahan boria tanpa sketsa.
• Rangkap karangan bunyi tidak betul (tidak mengikut rima boria)
• Ada yang meng'hiphop'kan boria.
• Tukang karang macam penyanyi (bukan macam tukang karang)
Ada boria yanjg jadi persembahan tarian. (indah di mata penonton tapi sakit di mata hati kami).
• Lain-lain kesalahan kecil (boleh dimaafkan).
"LAGU BORIA" dari album Malaysia Merdu keluaran Life Records nyanyian Hail Amir yang sering disiarkan di radio itu sebenarnya bukan lagu boria. Hanya iramanya saja menarik dibuat lagu boria, tapi senikatanya ternyata lari jauh dari rangkap karangan boria yang sebenar. Bunyi hujungnya tidak sama, lintang pukang. Ada pihak-pihak yang tidak tahu dan terus mengambil senikata lagu itu dalam persembahan boria.
Nak buat boria, buatlah betul-betul. Carilah orang-orang yang betul faham mengenai selok belok boria. Jika boria tidak diselamatkan dari sekarang, apa akan jadi di masa hadapan nanti?

Langgan:
Catatan (Atom)