Boria Zaman Dahulu

Jumaat, Ogos 31, 2012

Boria di Raya Light and Sound Show di Town Hall Pulau Pinang


 Buat pertama kalinya persembahan boria akan digabungkan dengan Light & Sound Show yang akan berlangsung di hadapan Bangunan bersejarah Town Hall, George Town, Pulau Pinang pada 16 September 2012 antara jam 7 malam hingga ke 11 malam.

Semua peminat-peminat boria dijemput datang beramai-ramai menyaksikannya. Masuk percuma. Persembahan akan diadakan sebanyak 3 kali untuk berikan peluang kepada lebih ramai orang yang dapat menontonnya.

Rangkap karangan boria mengenai sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya dan akan dipersembahkan oleh Kumpulan Boria Asli Nasional pimpinan Omar Hashim Omara.

Selamat menonton!


Rabu, Julai 18, 2012

Boria di KLCC Sempena 1M4U

Tiga Kumpulan Boria yang terdiri dari Angkatan Budayasari, Boria Gema Permata dan Boria Asli Nasional telah diundang mengadakan persembahan di Esplanade Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) bagi sempena upacara Pelancaran
 “ 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai 2012.
Majlis anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sukarelawan dari pelbagai sektor berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang diaturkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.
Melalui foto foto ini sudah dapat mengambarkan kemeriahan suasana persembahan boria boria ini dan sambutan hebat yang telah diberikan oleh para penonton di sepanjang acara.


Selasa, Julai 10, 2012

Boria Asli Berarak di Sambutan Georgetown Festival kali ke 4


Sempena sambutan perayaan Georgetown Bandar Warisan Dunia kali ke 4 yang telah berlangsung selama sebulan di Georgetown, pelbagai acara kebudayaan dan kesenian telah diadakan. Persembahan Boria juga tidak pernah dipinggirkan di setiap kali sambutan diadakan. Kali ini ialah persembahan Boria Asli dengan tajuk Jawi Peranakan di Pulau Pinang.

Pada petang hingga ke malam 7 Julai 2012, kumpulan Boria gabungan Budayasari dan Boria Asli Nasional telah memeriahkan acara dengan persembahan boria di sepanjang beberapa batang jalan di Georgetown secara berararak. Penonton yang terdiri dari pelancong luar negera dan penduduk tempatan telah memberikan sambutan hebat dan meriah.


Sabtu, Jun 30, 2012

Boria UBAT di Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012


 Boria Budayasari meriahkan Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dan Persatuan Farmasi Malaysia di Jusco Bandar Perda, Seberang Perai Jun 2012.

Boria Budayasari pimpinan Zaini Man dan Rohaya Ayub, Tukang Karang Hafizi Jie, Rangkap Karangan Omar Hashim Omara, Sketsa Chop, Sharifah dan Omara serta barisan sailor Budayasari.

Tajuk: UBAT

Jumaat, Jun 08, 2012

Boria di Angkasapuri untuk Tv RTM



Lokasi: Auditorium Besar Angkasapuri

Tarikh: 5 Jun 2012

Rakaman: BORIA Tv RTM

Kumpulan: Kumpulan Boria Asli Nasional

Pimpinan: Omar Hashim Omara

Tukang Karang: Boria 1 - Imuda
Boria 2 - Chik

Tajuk: Budi Bahasa dan Malaysia Gemilang

Sketsa: Mamu Bakar Panjang, Sharifah Juairiah, Omar Hashim Omara, Imuda dan Chik Pak Man Telo

Lagu: Komposer Din As-Salam

Jumaat, Jun 01, 2012

Sekitar Persediaan dan Pengambaran DVD Boria Kanak-Kanak DBP SK Bandar Baru Perda


Sekitar persediaan dan pengambaran Boria Kanak-Kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur SK Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lagu 1 - Kisah Pak Pandir, Lagu 2 - Musim Buah-Buahan. Persediaan awal dua minggu, rakaman 1 hari dan pengambaran selama 2 hari. Lokasi sekitar SK Bandar Baru Perda, Pinggiran Bandar Perda dan juga di gerai buah-buahan FAMA, Merbau Kudong, Sungai Dua, Seberang Perai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...