Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Ahad, Julai 15, 2007

SUARA HATI ORANG BORIA

• Kami para penggiat boria melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat kepada pihak-pihak yang merosakkan keaslian boria iaitu kesenian warisan yang harus dipelihara.

• Sejak akhir-akhir ini 'boria' telah dinoda dan dirojakkan. Boria dicincang-cincang dibuat pasembor. Asal boleh makan sudah, sakit perut pun tak apa. Ada pihak-pihak yang tidak tahu mengenai boria tapi nak buat boria. Ada penganjur boria pun tak tahu apa, pakai hentam saja. Maka jadilah boria ikut acuan mereka sendiri. Contoh paling ketara ialah persembahan boria dalam majlis anugerah Festival Filem ke 20 di Pulau Pinang. Apa yang anda saksikan di USM Pulau Pinang dan terus menerus di Tv Astro adalah contoh boria yang tidak betul. Rangkap karangan 100% salah. Depa main jugak…..

• Simposium boria anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan (KEKWA) yang dianjurkan selama lima hari di Lumut Perak September 2005 tinggal kenangan sahaja. Segala peraturan dan rumusan yang dicapai lekat di lumut saja. Tak diikut atau dipakai pun.

• Di bawah ini kami catitkan kesalahan-kesalahan persembahan boria yang pernah diadakan.

• Contohnya seperti berikut:-
• Persembahan boria tanpa sketsa.
• Rangkap karangan bunyi tidak betul (tidak mengikut rima boria)
• Ada yang meng'hiphop'kan boria.
• Tukang karang macam penyanyi (bukan macam tukang karang)
Ada boria yanjg jadi persembahan tarian. (indah di mata penonton tapi sakit di mata hati kami).
• Lain-lain kesalahan kecil (boleh dimaafkan).

"LAGU BORIA" dari album Malaysia Merdu keluaran Life Records nyanyian Hail Amir yang sering disiarkan di radio itu sebenarnya bukan lagu boria. Hanya iramanya saja menarik dibuat lagu boria, tapi senikatanya ternyata lari jauh dari rangkap karangan boria yang sebenar. Bunyi hujungnya tidak sama, lintang pukang. Ada pihak-pihak yang tidak tahu dan terus mengambil senikata lagu itu dalam persembahan boria.

Nak buat boria, buatlah betul-betul. Carilah orang-orang yang betul faham mengenai selok belok boria. Jika boria tidak diselamatkan dari sekarang, apa akan jadi di masa hadapan nanti?

1 ulasan:

MAMU TANJUNG berkata...

Kalau ada persembahan yang bayarannya kecil, kamilah orangnya. Tapi kalau ada persembahan besar... mereka akan ambil orang KL. Hingga bila kami anak-anak seni Pulau Mutiara boleh hidup. Kalau kami mati, boria pun akan mati. Panggillah artis-artis KL yang tak tahu apa tentang boria tu buat show bayaran kecil di sini. Depa mahukah? Lama-lama boria pasti akan terkubur.... Padan muka semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...