Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Rabu, September 19, 2007

BEKAS TUKANG KARANG BORIA

Datuk Ahmad Daud di zaman mudanya pernah mengambil bahagian dalam pertandingan boria dengan mewakili Kampung Rauna, Pulau Pinang. Penyertaannya, tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai tukang karang dan pelawak terbaik.
Nama Penuh: Ahmad Daud Mohamad Hashim
Lahir: 12 Mac 1932
Asal: Kuarters Penang Free School, Kampung Rauna, Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak ke-11 dari 14 adik beradik
Isteri: Datin Saadiah (berkahwin pada 2 Oktober 1961)
Anak: Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina (Baby)
Kerjaya: Sebagai penyanyi secara profesional pada 1953; bergelar Pelakon apabila mengikat kontrak dengan Cathay Keris pada 1961
Filem: Siapa Besar (1961), Aksi Kuching, Pusaka Pontianak, Kaca Permata, Jungle Boy, Kacha Permata, Melancong Ke Tokyo, Permintaan Terakhir dan Kau Sumber Ilhamku.


Mohd. Noor Othman ataupun lebih dikenali dengan panggilan Pak Man Telo. Pernah menjadi tukang karang boria Kumpulan Boria Butterworth. Disamping itu, Pak Man Telo juga sering berlakon sketsa dalam boria. Beliau meninggalkan boria setelah berjaya menjadi seorang pelawak terkenal dan penyanyi lagu-lagu jenaka loghat utara.

Aini Omar, Tukang karang boria wanita yang tidak asing lagi di Pulau Pinang dalam tahun 70an. Beliau juga pernah menunjukkan persembahannya di Tv1 RTM bersama-sama kumpulan borianya pada masa itu. Kini anak lelakinya aktif menyanyi dan pernah memenangi Bintang Asli Remaja di Pulau Pinang.



Nassier Wahab, suatu nama yang tidak asing lagi di arena seni suara tanahair. Nassier yang berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth adalah tukang karang boria yang tidak asing lagi dengan kumpulannya Boria Bistari, Butterworth pimpinan Sarjan Bakar. Kumpulan borianya sering memenangi pertandingan boria termasuk Pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM di tahun 80an.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...