Boria Zaman Dahulu

Isnin, Disember 24, 2007

MAMU TANJUNG DI PROGRAM MERAKYATKAN SENI







Kumpulan Mamu Tanjung yang terdiri dari Chop, Bakar, Sharifah Dan Omara telah mengadakan tiga kali bengkel boria bertempat di ‘Booth’ Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara di perkarangan Festival Boria Pemuda dan Program Merakyatkan Senibudaya bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Berbagai penerangan serta contoh persembahan boria dapat diikuti oleh pengunjung-pengunjung yang lalu di situ. Ramai yang mengambil kesempatan mendalami ‘apa itu boria’ disamping menyaksikan persembahan sketsa dan boria. Kumpulan Mamu Tanjung turut dibantu oleh beberapa orang sailor dan tukang karang dari Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang.

Foto atas ialah persembahan khas boria Kumpulan Budayasari pada hari terakhir Program Merakyatkan Senibudaya tersebut dimana babak sketsa dilakunkan oleh Kumpulan Mamu Tanjung. Lain-lain menunjukkan Kumpulan Mamu Tanjung semasa mengadakan bengkel boria.


Di Padang Kota, Pulau pinang
Persembahan boria, telah tercanang
Bayu bertiup, nyaman dan tenang
Pasti terhibur, dibawa kenang

Boria terkenal, di Pulau Mutiara
Kini dah berkembang, dalam negara
Persembahannya ceria, riang gembira
Selamat datang, membuka acara

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...