Boria Zaman Dahulu

Rabu, April 20, 2011

SESI BERSAMA PENULIS PENGGIAT SENI BORIA

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan mengadakan acara SESI BERSAMA PENULIS (PENGGIAT SENI BORIA) bertempat di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 24 April 2011 (Ahad) jam 12.00 - 1.00 tengah hari.

Penggiat boria dari Pulau Pinang Omar Hashim Omara dan Yusof M. Hashim akan kendalikan sesi ini dan tetamu dapat bersama-sama mendalami seni warisan boria Pulau Pinang.

DBP telah menerbitkan DVD Seni Persembahan Popular: Boria (2008). DVD yang diterbitkan ini bertujuan untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Malaysia menerusi lagu-lagu boria yang bertemakan bahasa dan sastera. Menerusi boria juga, produk penerbitan DBP dapat dipromosikan kepada khalayak peminat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...