Semasa singgah makan di sebuah warung di Semawang Negeri Sembilan baru-baru ini, kebetulan tuan punya gerai tersebut ialah bekas sailor atau kelasi kumpulan Boria Bistari Telok Air Tawar Butterworth. (Maaf, saya kehilangan kertas catatan - tak dapat nak namakan pemilik gerai yang dimaksudkan ini. Saya harap sekiranya beliau terbaca laman ini sila hubungi saya melalui talian telefon yang tertera di sebelah kiri blog Warisan Boria ini.). Gambar-gambar ini diambil dalam tahun 1979. Kini beliau menetap di Negeri Sembilan. Hanya gambar-gambar yang diambil tiga puluh tahun lalu ini yang tinggal sebagai kenangan. Kini boria Bistari dihidupkan kembali oleh pelawak yang tidak asing lagi di utara Chick dan dipimpin oleh saya sendiri - Omara. Buat sementara kumpulan ini hanya mengadakan persembahan-persembahan di radio Mutiara FM Pulau Pinang. Paling terbaru dalam rancangan boria yang disiarkan sempena sambutan Aidil Fitri baru-baru ini.
2 ulasan:
Kepada pemilik blog ini saya ucapkan berbanyak terimakasih kerana mentiarkan gambar boria Bistari dari Teluk Air Tawar Butterworth.Saya dan adik saya adalah antara yang mengangotai kumpulan ini yang mana ketika itu ianya dibawah kelolaan allahyarham sarjan mejer Abu Bakar..kalu ada rakaman video kumpulan ini tolong beritahu saya...terimakasih
Tkasih Zaly,
Setakat ini saya tak dapat video persembahan Boria Bistari....
Jika ada InsyaAllah...
Jika Zaly ada gambar gambar lain yang berkaitan boria Bistari tolong emailkan kat saya untuk diterbitkan... Tkasih.
omara353535@hotmail.com
Catat Ulasan