
Boria Zaman Dahulu
Sabtu, Disember 13, 2008
HUBUNGI WARISAN BORIA

Rabu, Disember 03, 2008
Rangkap Karangan - Warisan Dunia, George Town Di Hebah
Rangkap karangan, boria digubah
Warisan dunia, George Town dihebah
Boria Pulau Pinang, salam muhibbah
Setelah teliti, dikaji dikesan
Akhirnya UNESCO, membuat keputusan
George Town menjadi, Bandar warisan
Bersama Melaka, terima bingkisan
Di bawah kategori, warisan budaya
Berbilang kaum, pelbagai gaya
Hidup harmoni, bersatu berjaya
Mutiara Timur, indah bercahaya
Merafak sembah, menyusun jari
Karangan boria, kami akhiri
Pulau Mutiara, terus berseri
Boria Pulau Pinang, mengundur diri
Selasa, Disember 02, 2008
Boria Finale George Town Melaka Gegarkan Dataran Merdeka
Persembahan
Finale 
Kumpulan Boria bersama-sama kumpulan perarakan kebudayaan
dari kedua-dua
negeri. Tukang karang ialah penyanyi yang tidak asing
lagi Nassier Wahab (sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau ialah tukang karang Kumpulan Boria Bistari, Telok Air Tawar, Butterwort
h).Lagu boria Finale dici
pta oleh Zulkifli Omar dan idea oleh Omara.Rangkap Karangan ditulis oleh Omar M. Hashim (Omara). Pengajar Geraktari Boria - Yanti (P. Pinang).
Gambar-gambar diambil oleh Omara pada malam raptai penuh 21 November 2008.Isnin, Disember 01, 2008
Perarakan dan Persembahan Boria Pulau Pinang di Majlis Pengistiharan Watikah George Town Melaka Bandar Warisan Dunia


Setelah menunjukkan Pra persembahan pada petang 22hb. November di Dataran Merdeka, Kumpulan Boria Klasik Pulau Pinang sekali lagi menyertai perarakan dan membuat persembahan di pentas utama berhadapan pentas diraja sempena Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di Dataran Merdeka.Pada Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Penyerahan watikah itu disampaikan oleh Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Tuanku Mizan.
Antara yang menyertai persembahan boria ini ialah: Ahmad Nizam Ramli, Hazlan Abdul Hamid, Hazli Abd. Hamid, Hamizar Abd. Hamid, Ahmad Hazimin Abu Bakar, Khuri Mohd Noor, Haizal Hezree Mohd. Hussain, Mohd Firdaus Mazlan, Azmir Aziz, Wan Azrul Azizan, Hasrol Hisham Mohd. Hassan, Rosely Abdullah, Shamsuddin Othman, Jibran Khalil Sinda Madar, Zahari Rasid, Aura Almahadi Khuri, Mustaffa Ishak, Omar Hashim, Wan Kamarulzaman dan ramai lagi.
Sabtu, November 29, 2008
BORIA KLASIK CERIA DAN MERIAH DI DATARAN MERDEKA
Pra Persembahan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur - Ceria dan meriah! Begitulah aksi persembahan dari Kumpulan Boria Klasik Pulau Pinang pimpinan Omara setelah selesai sketsa boria yang dilakonkan oleh Chick, Shamsuddin, Yusof (Pak Kojek) dan Bakar Pa
njang. Foto oleh: Omar M. Hashim (Omara)
Sketsa Boria Di Dataran Merdeka 22 November 2008


Chick, Chop, Bakar dan Shamsuddin mempersembahkan sketsa boria dalam Pra Persembahan di Dataran Merdeka mulai jam 5.30 petang hingga 7.00 malam sementara menunggu acara rasmi Majlis Penyerahan Watikah Pengiktirafan Melaka dan George Town Sebagai Tapak Warisan Dunia pada 22 November 2008 (Sabtu) di Dataran Merdeka jam 7.45 malam.Foto Oleh: Omara
Sabtu, Oktober 25, 2008
Persembahan Boria Dalam Teater SOFEA




Boria dipersembahkan sebagai penutup Teater SOFEA yang dipentaskan di Taman Budaya Jalan Lintasan Kayangan, Negeri Perlis Indera Kayangan pada 25 dan 26 Oktober 2008 mulai jam 8.30 malam.
SOFEA dibawa oleh Angkatan Budayasari Pulau Pinang arahan Anissobri Ahmad (Ba'e) yang juga seorang pelakon sketsa boria di Pulau Pinang. Pementasan ini anjuran/kelolaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.
Menampilkan - Artis-artis Lakon NGO Negeri Pulau Pinang serta penampilan istimewa Tok Moh (Raja Lawak).
Dimuatkan rangkap karangan boria untuk Teater SOFEA yang dihasilkan oleh Omar M. Hashim (OMARA).
Menjadi pelacur di tengah kota
Hidup melarat gelap gelita
Angkatan Budayasari membawa cerita
Terperangkap Sofea di lembah hina
Bergelomang hidup maksiat dan zina
Bingung Sofea serba tak kena
Akibat kongkongan lelaki durjana
Dunia pelacuran cuba didedah
Suka duka gelisah dan gundah
Mencari rezeki secara mudah
Akhirnya tiba sengsara dan padah
Ibu menangis setiap hari
Ke sana sini Sofea dicari
hilangnya menjadi sebuah misteri
doa ibu tidak terperi
Tamatlah cerita menjadi pengajaran
Kotornya hidup dunia pelacuran
Hilanglah keluarga hilanglah jiran
Angkatan Budayasari memberi gambaran
Isnin, Oktober 20, 2008
Tempah atau sewa kostium boria
Khamis, Oktober 16, 2008
Boria Meriahkan Sambutan Hari Raya di Perkarangan Kompleks Pustaka Warisan Seni Pulau Pinang

Persembahan boria khas hari raya turut menyerikan acara majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara, Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung di Perkarangan Kompleks Pustaka Warisan Seni, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang pada malam 15hb. Oktober 2008 baru-baru ini.Kumpulan sketsa, tukang karang dan sailor boria yang berpakaian warna warni hari raya telah mempersembahkan boria bertajuk 'Sambutan Hari Raya'.


Sketsa boria dijayakan oleh Abu Bakar Kassim (Mamu Bakar), Yusof M. Hashim (Chop) d
an Omar M. Hashim (Omara) yang dikenali dengan Kumpulan Mamu Tanjung.Tukang karang dan sailor dari kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang.
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang Cik Mariam Sulaiman turut menyerikan persembahan apabila naik ke atas pentas dan sama-sama menarikan gerakan boria. Sebelum itu para tetamu telah dihiburkan dengan acara-acara kebudayaan dan kesenian yang dipersembahkan oleh anak-anak seni yang aktif di Pulau Pinang.
'Bersama Martabatkan Boria Sebagai Seni Warisan Pulau Mutiara'.
Selasa, Oktober 14, 2008
Pertandingan Boria Tahun 1983 - Boria KUDRAT turut serta


Kumpulan Boria KUDRAT (Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat Seberang Perai) dibawah pimpinan Omar Hashim turut serta dalam satu pertandingan boria yang diadakan di Dewan Bandaran Butterworth dalam tahun 1983. Kiri - Sketsa boria oleh Lutfi, Yusof Hussin, Suhaimi, Mat Isa Salleh dan Yusof Mat. Kanan - Persembahan boria dengan tukang karangnya Jasni. Foto oleh: Omar M. Hashim (OMARA).
Rabu, Oktober 08, 2008
Boria Pengakap Kumpulan 12 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang ke Kelantan
Kumpulan Boria Pengakap Kumpulan 12 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang yang terdiri seramai 20 orang bersedia untuk membawa persembahan boria ke Jambori MRSM Se-Malaysia yang akan diadakan di MRSM Jeli, Kelantan pada 16 hingga 19 Oktober 2008 ini. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Zulkifli Abd. Rahim (duduk tengah). Tukang karang ialah Muhd Ruhaimi Habibullah. Warisan Boria - Omara telah memberikan khidmat nasihat kepada kumpulan boria tersebut. Harap persembahan mereka nanti dapat menghiburkan lebih lima ribu orang pengakap di Jambori tersebut. Selamat berjaya martabatkan kesenian warisan negara kita!Ahad, Oktober 05, 2008
BORIA BISTARI TAHUN 1979
Semasa singgah makan di sebuah warung di Semawang Negeri Sembilan baru-baru ini, kebetulan tuan punya gerai tersebut ialah bekas sailor atau kelasi kumpulan Boria Bistari Telok Air Tawar Butterworth. (Maaf, saya kehilangan kertas catatan - tak dapat nak namakan pemilik gerai yang dimaksudkan ini. Saya harap sekiranya beliau terbaca laman ini sila hubungi saya melalui talian telefon yang tertera di sebelah kiri blog Warisan Boria ini.). Gambar-gambar ini diambil dalam tahun 1979. Kini beliau menetap di Negeri Sembilan. Hanya gambar-gambar yang diambil tiga puluh tahun lalu ini yang tinggal sebagai kenangan. Kini boria Bistari dihidupkan kembali oleh pelawak yang tidak asing lagi di utara Chick dan dipimpin oleh saya sendiri - Omara. Buat sementara kumpulan ini hanya mengadakan persembahan-persembahan di radio Mutiara FM Pulau Pinang. Paling terbaru dalam rancangan boria yang disiarkan sempena sambutan Aidil Fitri baru-baru ini. Isnin, September 29, 2008
BORIA SEKARANG


Selasa, September 16, 2008
Boria Bubur Lambok di Mutiara FM
Pemegang-pemegang watak siri komedi popular Nasi Kandar Papdom (Rancangan Radio Mutiara FM), Omara, Chick dan Deejay YY telah merakamkan lagu boria bubur lambok di Mutiara FM. Tukang karang: YY, Karangan boria: Omara, Sketsa: Chick dan Jaafar.
Lapan belas September kembali bergema
Bubur lambuk tajuk utama
Mutiara fm anjuran bersama
Terkenal dengan resepi lama
Kepada semua kami menyeru
Di Tanjong Tokong Masjid Tuan Guru
Deejay Mutiara fm lama dan baru
Lepas zohor pakatlah meneru
Jumaat, September 12, 2008
TOKOH BORIA, PAK KAN MENINGGAL DUNIA

Tokoh dan penggiat boria yang tidak asing lagi di tanahair Hj. Abu Bakar bin Jaafar 84 tahun, ataupun lebih dikenali dengan panggilan Pak Kan telah kembali ke Rahmatullah petang 12hb. September 2008 di Hospital Pulau Pinang. Jenazahnya dikebumikan pada hari Sabtu 13hb. September 2008 di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Sama-sama kita hadiahkan Fatihah.Jumaat, September 05, 2008
Lawatan ke rumah Pak Lah dan Pak Kan (Tokoh Boria Pulau Pinang)
Selasa, Ogos 19, 2008
TAHNIAH BORIA SMKPTJ (MODEL KHAS PERMATANG TOK JAYA) MENANG DUA KATEGORI
SMKPTJ (Sekolah Model Khas Permatang Tok Jaya) Seberang Perai, Pulau Pinang telah membawa pulang kejayaan yang cemerlang di Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang telah berlansung di Kota Bharu, Kelantan pada 16 hingga 19 Ogos 2008. Kumpulan borianya telah berjaya menjadi johan dan tukang karang terbaik. Boria SMKPTJ ini di bawah pimpinan cikgu Murshidee B. Hj Md Ramli, Zainal B. Hashim, Ahmad Firdaus B. Din, Che Jamilah Bt Abdul dan Razila Bt Azali.Warisan Boria ucapkan tahniah!
Ahad, Ogos 03, 2008
BORIA SEMUT DALAM BELALANG KENIT
Kami bekerja, macam tentera
Tanpa bertangguh, semua segera
Hidup bahagia, riang gembira
Satu tujuan, satu suara
Kami bekerja, macam tentera
Tanpa bertangguh, semua segera
Hidup bahagia, riang gembira
Satu tujuan, satu suara
Jalan jalan, cari makanan
Semua anggota, punya peranan
Makanan sarat, kiri dan kanan
Hasil banyak, dalam simpanan
Kami bekerja, macam tentera
Tanpa bertangguh, semua segera
Hidup bahagia, riang gembira
Satu tujuan, satu suara
Dua rangkap karangan boria yang ditulis oleh Omara untuk Teater Belalang Kenit yang sedang dipersembahkan di Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang. Terima kasih kepada pengarahnya Veera Masura kerana memasukkan lagu boria yang dinyanyikan oleh semut-semut dalam perembahan teater tersebut.
Perembahan Belalang Kenit berakhir esok 4 Ogos.
Kumpulan Boria Pulau Pinang ke Negeri Sembilan
Kumpulan kebudayaan Negeri Pulau Pinang turut ke Karnival Budaya Negeri Sembilan International Folklore Festival pada 26 dan 27 Julai 2008. Persembahan pertama di Terminal 2, Seremban dan persembahan kedua pada hari ahad 27 Julai diadakan di Tampin Square, Tampin, Negeri Sembilan mulai jam 3 hingga 6 petang.







