


















Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan replika cek bernilai RM10 ribu kepada Tokoh Boria Pulau Pinang, Syed Akir Syed Ahmad, 66.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Warisan Boria yang saya hormati. Saya dapat beberapa email dan panggilan telefon yang bertanyakan kenapa saya kurang aktif menulis di sini lagi. Sedangkan dulunya saya begitu aktif menulis. Saya terpaksa juga jawab di sini walaupun rasa amat berat hendak menulisnya.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan mengadakan acara SESI BERSAMA PENULIS (PENGGIAT SENI BORIA) bertempat di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 24 April 2011 (Ahad) jam 12.00 - 1.00 tengah hari.
Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang 28 April Hingga 1 Mei
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Festival Boria 1Malaysia dari 28 April hingga 1 Mei ini di Kampung Seronok, Bayan lepas.
Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, remaja (13 hingga 20 tahun) dan terbuka (16 tahun ke atas).
Bagi kategori kanak-kanak, hadiah bagi johan kumpulan ialah wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik (RM500).
Bagi kategori remaja, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM3,500, naib johan RM2,500, tempat ketiga RM1,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500 manakala bagi kategori terbuka pula, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM5,000, naib johan RM3,500, tempat ketiga RM2,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500.













BORIA DI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 2010
Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FEStKUM) akan diadakan pada 15 hingga 19 Disember 2010 melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau).
Program ini merupakan pengajur bersama Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan RTM.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti




SALAM PULAU PINANG
Di sini dok pi, di sana dok mai
Seronok sakan, tenang dan damai
Pulau Mutiara, indah dan permai



Pastikan persembahan boria moden mengikut Boria Tradisi.
1. Boria ada sketsa/cerita/lakonan boria... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
2. Boria ada tukang karang.... pegang tongkat penunjuk/baton sambil menyampaikan rangkap karangan boria....kalau lain daripada itu bukanlah boria.
3. Boria ada rangkap karangan, susunan sukukata atau rima hujungnya sama setiap rangkap.... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
4. Tukang karang boria menyampaikan karangan dengan suara lantang, jelas mengikut irama lagu.... kalau menyanyi itu tak boleh dipanggil tukang karang boria... itu kita panggil penyanyi.
5. Boria ada sailor/kelasi di belakang tukang karang sambil bergerak mengikut step boria... kalau menari tu dipanggil penarilah atau tarian... bukannya boria.
6. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar dan lagu persembahan.... kalau yang lain tu kita panggil lagu sajalah.
7. Sailor/kelasi mengulangi rangkap karangan yang disampaikan oleh tukang karang (biasanya dipermulaan dan akhir. Boleh juga yang lain.... tapi kalau sailor/kelasi tak menyanyi itu bukan borialah....
8. Boria tu borialah.... tidak menyamai seni yang lain.
Untuk memartabatkan kesenian warisan boria, pastikan peraturan boria sentiasa dipatuhi.





