1. Ada dua tiga orang yang tidak suka saya wujudkan blog ini dan juga Facebook mengenai boria. Mereka kata, saya hendak nama dan duit. Saya bukan berjuang untuk boria.
2. Mereka tuduh saya kononnya berpakat dengan Persatuan Budayasari P. Pinang buat peruntukan sebanyak RM8,000 untuk pelancaran laman sesawang Blog Warisan Boria ini dengan Pejabat Kebudayaan Ng. P. Pinang dan saya hanya gunakan perbelanjaan RM2,000 sahaja dan bakinya RM6,000 saya bawa lari.
3. Saya dituduh tak puas hati kerana tidak dilantik sebagai Tokoh Boria.
JAWAPAN 1 - Kerana hendak naikkan kembali borialah saya wujudkan blog ini dan juga menulis di Facebook, disamping akhbar dan majalah. Tujuan saya supaya semua pihak dapat mengenali boria dengan lebih dekat lagi, bukan saja di Pulau Pinang, malah di Malaysia dan seluruh dunia. Alhamdullilah dengan wujudnya blog dan FB boria ini, saya banyak dihubungi oleh guru guru, pelajar IPT, pelajar menengah, ibu bapa, ahli seni dan masyarakat berbilang kaum. Mereka menghargai karya-karya saya untuk promosikan boria.
Setelah enam tahun blog ini diwujudkan, saya nampak ada perubahan dalam boria dan semakin ramai yang meminati dan mengenalinya. Ramai yang datang berjumpa saya bertanyakan hal boria dan saya berikan ilmu ini dengan percuma walaupun terpaksa menggunakan masa saya.
JAWAPAN 2 - Demi Allah! tidak benar sama sekali tuduhan palsu ini. Saya cabar orang itu datang berjumpa saya atau pergi periksa sendiri dengan Pejabat Kebudayaan, Kesenian Ng P. Pinang dan buka fail untuk pastikan berapakah jumlah peruntukan yang Persatuan Budayasari dapat untuk majlis pelancaran laman blog Warisan Boria ini. Jawapannya RM2,500 sahaja. Siasatlah sendiri. Saya tidak ambil satu sen pun dari persatuan, bayaran persembahan boria semasa majlis pelancaran saya keluarkan duit poket sendiri. Sila siasat. Orang yang tuduh itu pun saya undang buat persembahan di majlis itu dan saya bayar kepadanya dengan duit saya sendiri. Fakta!
JAWAPAN 3 - Terus terang saya hebahkan di sini, saya tidak pernah minta apa apa gelaran dan pengiktirafan dalam boria. Saya berjuang ikhlas untuk seni. Saya tidak dengki siapa yang dapat kerana itu bukanlah menjadi tujuan saya memperjuangkan boria selama ini. Biarlah saya habis wang ringgit dan masa kerana usaha memartabatkan boria ini walaupun saya tidak mempunyai apa apa pekerjaan, saya lebih senang begini dan tidak timbul sama sekali saya dengki kepada sesiapa walaupun mereka dengki dengan saya.
Sebagai manusia saya tidak dapat lari dari perasaan kecil hati. Saya tersinggung kerana mereka terus berkempen serta menulis di facebook. Beberapa orang sampaikan cerita ini kepada saya dan saya juga ada bukti dalam bentuk rakaman audio. Jika tidak dengan gangguan dari mereka ini sudah pasti saya telah buatkan laporan terkini perkembangan Festival Boria 1 Malaysia yang sedang berlangsung sekarang ini di Kpg. Seronok P. Pinang. Tapi maaf, tiada lapuran dari saya.
Saya harap mereka yang pandai berkata-kata dan menuduh itu dapat terbitkan sendiri Blog-blog dan web boria yang aktif dan jangan bimbang, saya tak pernah larang sesiapa menulisnya. Usahalah sendiri kerana bukan untuk diri kita, tapi untuk boria! Saya tak kisah, janji boria maju dan bertambah maju!
Terima kasih semua yang sudi membaca,
DEMI KEBENARAN!
Saya yang benar: Omar Hashim Omara, Seberang Perai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan