Boria Zaman Dahulu
Ahad, Ogos 28, 2011
Ahad, Ogos 14, 2011
Nassier Wahab Tukang Karang Boria

Ahad, Julai 31, 2011
Boria di George Town Festival 2011







Rabu, Julai 27, 2011
Boria Budayasari di Read Malaysia 11 MIECC
Selasa, Jun 28, 2011
Al Fatihah Che Ani Boria Bistari Meninggal Dunia

KENANGAN - CHE ANI yang telah kembali kerahmatullah hari ini 28 Jun 2011 bersama anggota Kumpulan Boria Bistari yang pernah memenangi Juara pertandingan Dendang Rakyat Boria RTM tahun 80an dahulu. Arwah duduk no. 2 dari kiri. Kiri sekali ialah pelawak Chik Pak Man Telo (anggota Galapagos). Yang berdiri di atas dan tengah sekali ialah penyanyi Nassier Wahab Nwp tukang karang kumpulan ini. Jenazah Che Ani akan dikebumikan di Bagan Belat, Telok Air Tawar pukul 2 petang ni. Al Fatihah.
Catitan: Dalam Kumpulan boria ini Che Ani kerap berlakon sebagai watak penasihat dalam sketsa boria disamping menulis rangkap karangan boria.
Isnin, Mei 02, 2011
Festival Boria 1 Malaysia Pulau Pinang di Majlis Penutup




Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan replika cek bernilai RM10 ribu kepada Tokoh Boria Pulau Pinang, Syed Akir Syed Ahmad, 66.
A boria ensemble performed by 2,811 people of Kampung Seronok in Bayan Lepas here have set a new record in the Malaysia Book of Records.
The feat led by renowned boria performer Syed Akir Syed Ahmad was also participated by Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim in the 10-minute performance.
Boria is a traditional theatre performance encompassing dance, music and comic sketches.
Rabu, April 27, 2011
Jawapan dari Omar Hashim Omara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Warisan Boria yang saya hormati. Saya dapat beberapa email dan panggilan telefon yang bertanyakan kenapa saya kurang aktif menulis di sini lagi. Sedangkan dulunya saya begitu aktif menulis. Saya terpaksa juga jawab di sini walaupun rasa amat berat hendak menulisnya.Khamis, April 21, 2011
Festival Boria 1 Malaysia di Kampung Seronok
Rabu, April 20, 2011
SESI BERSAMA PENULIS PENGGIAT SENI BORIA
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan mengadakan acara SESI BERSAMA PENULIS (PENGGIAT SENI BORIA) bertempat di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 24 April 2011 (Ahad) jam 12.00 - 1.00 tengah hari.Selasa, Mac 15, 2011
Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang

Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang 28 April Hingga 1 Mei
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Festival Boria 1Malaysia dari 28 April hingga 1 Mei ini di Kampung Seronok, Bayan lepas.
Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, remaja (13 hingga 20 tahun) dan terbuka (16 tahun ke atas).
Bagi kategori kanak-kanak, hadiah bagi johan kumpulan ialah wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik (RM500).
Bagi kategori remaja, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM3,500, naib johan RM2,500, tempat ketiga RM1,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500 manakala bagi kategori terbuka pula, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM5,000, naib johan RM3,500, tempat ketiga RM2,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500.
Khamis, Mac 03, 2011
DVD Seni Persembahan Boria
Jumaat, Februari 04, 2011
Isnin, Januari 24, 2011
BORIA DI JOM JALAN TV3 24 JAN 2011 JAM 6 PETANG
Sabtu, Januari 08, 2011
Boria Turut Berlarak di Sambutan Bandaraya George Town ke 54




Sabtu, Disember 25, 2010
Saksikan Pengambaran Boria Omara Bersama Tv3 pada 26 Disember 2010
Isnin, Disember 20, 2010
Piee Beraksi Semula di Pentas Boria





UNIMAP Juara Boria FESTKUM 2010



Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah dinobatkan menjadi Juara pertandingan Boria FESTKUM 2010 yang telah berlangsung di Perlis pada 16 dan 17 Disember 2010. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah dan ketiga pula telah disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Negeri Sembilan.
Rabu, Disember 15, 2010
Pertandingan Boria di Festkum 2010

BORIA DI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 2010
Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FEStKUM) akan diadakan pada 15 hingga 19 Disember 2010 melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau).
Program ini merupakan pengajur bersama Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan RTM.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti
- Rampaian tarian tradisional Melayu
- Nyanyian irama Malaysia
- Nyanyian antarabangsa
- Tarian tradisional Cina
- Tarian klasik India
- Band akustik
- Dikir barat
- Boria
Ahad, Disember 12, 2010
BORIA OMARA Dalam Pengambaran TV2 RTM Rancangan IN-TREND




SALAM PULAU PINANG
Di sini dok pi, di sana dok mai
Seronok sakan, tenang dan damai
Pulau Mutiara, indah dan permai

10 Disember 2010 - Bertempat di Tanjung Bunga Beach Hotel Pulau Pinang, Kumpulan Boria OMARA telah dipilih mengadakan persembahan dalam pengambaran IN-TREND terbitan TV2 RTM. Penerbit Syazwani Suleiman dan juga Penolong Penerbit, Aishah Hisham bersama Unit Majalah & Dokumentari, RTM telah menjayakan pengambaran ini.
Khamis, Disember 09, 2010
Pastikan Boria Hari Ini Mengikut Boria Tradisi


Pastikan persembahan boria moden mengikut Boria Tradisi.
1. Boria ada sketsa/cerita/lakonan boria... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
2. Boria ada tukang karang.... pegang tongkat penunjuk/baton sambil menyampaikan rangkap karangan boria....kalau lain daripada itu bukanlah boria.
3. Boria ada rangkap karangan, susunan sukukata atau rima hujungnya sama setiap rangkap.... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
4. Tukang karang boria menyampaikan karangan dengan suara lantang, jelas mengikut irama lagu.... kalau menyanyi itu tak boleh dipanggil tukang karang boria... itu kita panggil penyanyi.
5. Boria ada sailor/kelasi di belakang tukang karang sambil bergerak mengikut step boria... kalau menari tu dipanggil penarilah atau tarian... bukannya boria.
6. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar dan lagu persembahan.... kalau yang lain tu kita panggil lagu sajalah.
7. Sailor/kelasi mengulangi rangkap karangan yang disampaikan oleh tukang karang (biasanya dipermulaan dan akhir. Boleh juga yang lain.... tapi kalau sailor/kelasi tak menyanyi itu bukan borialah....
8. Boria tu borialah.... tidak menyamai seni yang lain.
Untuk memartabatkan kesenian warisan boria, pastikan peraturan boria sentiasa dipatuhi.











