Boria Zaman Dahulu

Ahad, November 18, 2007

PERSEMBAHAN BORIA

KUMPULAN BORIA BUDAYASARI PULAU PINANG
PERSEMBAHAN BORIA
DI SEAFOOD RESTORAN, JALAN ARA, BANGSAR, KUALA LUMPUR
PADA SABTU 17 NOVEMBER 2007
MAJLIS HARI RAYA DAN MERDEKA 50
ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK MELAYU PULAU PINANG

Tukang Karang
HASMAN BIN HASSAN

Sketsa
OMARA, CHOP (PAK KOJEK), MAMU BAKAR dan LAN

Karangan Boria
OMAR M. HASHIM (OMARA)


Warisan boria, gilang gemilang

Dalam Malaysia, negara terbilang

Di persada seni, tak mungkin hilang

Budayasari, tetap cemerlang


Sempena hari raya, dan juga merdeka

Dapatlah kita, bertemu muka

Merapatkan hubungan, berseronok suka

Di dalam majlis, rumah terbuka


Bertemu kita, orang utara

Di satu majlis, di satu acara

Dalam suasana, riang gembira

Rakan dan teman, berjumpa mesra


Di majlis ini, kita bertemu

Ada mami, dan juga mamu

Para hadhirin, para tetamu

Anak mami, pandang tak jemu


Pi mai pi mai, pi mai tang tu

Samalah kita, bantu membantu

Mailah sama-sama, kita bersatu

Setiap masa, setiap waktu


Jumpa begini, seronoklah sakan

Sahabat handai, kawan dan rakan

Juadah di depan, pakatlah makan

Majlis yang indah, kita raikan


Anak mami, pun juga ada

Tak kira berumur, atau yang muda

Manis ada, masam tiada

Kalau nak tenung, berpada pada


Tak ada boria, memang tak kena

Untuk hiburan, meriah suasana

Pakaian pula, berbagai warna

Majlis ceria, baru sempurna


Persatuan kebajikan, nama diberi

Melayu pulau pinang, teguh berdiri

Masa berlalu, berganti hari

Bernaung selesa, anak negeri

Persembahan kami, sampai di sini

Tibalah masanya, berundur kini

Demi martabatkan, budaya dan seni

Budayasari, harapan murni

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...