Boria Zaman Dahulu
Khamis, November 08, 2007
SKETSA BORIA ' LANCA '
SEJARAH BECA
Sejarah beca bermula di Pulau Pinang apabila "jinrickisha" atau "lancha" iaitu kenderaan dua roda yang ditarik secara berlari diperkenalkan pada 1926.
Kenderaan itu sangat popular untuk membawa penumpang dan barang-barang di mana pada 1927, sebanyak 3,821 lancha didaftarkan dengan Jabatan Kenderaan Pulau Pinang, iaitu sebanyak 3,441 sebagai kenderaan awam dan sebanyak 380 lagi sebagai kenderaan persendirian.
Bagaimanapun, populariti lancha menurun mulai 1941 bila kenderaan berkayuh tiga roda atau beca diperkenalkan.
Pada 1967, sebanyak 1,523 beca didaftarkan tetapi hanya sebuah lancha yang didaftarkan. Pada 1968, tiada lancha didaftarkan semula.
Beca terus mendapat tempat di kalangan masyarakat umum di mana pada 1970, sebanyak 2,559 didaftarkan.
Populariti beca juga tidak bertahan kerana mulai 1971, jumlah beca semakin berkurangan.
Mulai tahun 2004 dan sehingga kini, hanya tinggal kira-kira 200 beca sahaja yang masih berfungsi dengan baik dan hanya 130 beca sahaja yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan MPPP. BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan