Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Rabu, Februari 25, 2009

Berita Baik Untuk Semua. Boria DiMartabatkan Dalam Warisan Kesenian dan Kebudayaan 2009


Pagi tadi (25 Februari 2009) saya mendapat panggilan telefon dari  Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang Cik Mariam Sulaiman memberitahu berita baik - Boria telah dipilih sebagai Warisan Kesenian dan Kebudayaan 2009. Selepas itu saya mendapat panggilan telefon pula dari Pengarah Bahagian Jabatan Warisan Negara Malaysia Encik Siri Neng Buah memaklumkan perkara yang sama.

Alhamdullilah! Boria telah dimartabatkan. Semoga para tokoh, penggiat dan rakan-rakan boria sekelian sama-sama turut gembira. Semoga akan hidup kembali kumpulan-kumpulan boria yang telah lama sepi terutamaya di Pulau Mutiara. Kita gerakkan kembali bersama-sama!

Kesenian dan Kebudayaan 2009   

1. Boria
2. Tarian Zapin
3. Gamelan
4. Tarian Bhangra - Kaum Sikh
5. Tarian Bharata Natyam - Kaum India
6. Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina)
7. Dikir Barat
8. Pantun Melayu
9. Syair
10. Karya Pendeta Za'aba
11. Tulisan Jawi
12. Hikayat Munshi Abdullah
13. Wau Malaysia
14. Congkak
15. Gasing
16. Hikayat Malim Deman
17. Hikayat Merong Mahawangsa

2 ulasan:

BENariff berkata...

Wow! Wow! Wow! Lagi wowq, wow, wow.
All together now..! "BORIA TELAH DIMURTABATKAN!" One more time, sama-sama, " BORIA TELAH DIMURTABAKKAN..." hEY! Siapa yang tersyasyul tu ek? "Murtabat" bukan "Murtabak", nanti aku sentai muka dengan domoi-domoi hangpa sekali kot?? Malaun hawaq tawaq hebiaq???
Hohoho! Tahniah kepada anda dua beradik serta penggiat-penggiat yang lain. Layan....!

BENariff berkata...

Kapai Layaq tersadai kat pasiaq,
Langsiaq demam teketaq-ketaq,
Unta lapaq telanlan ayaq,
Perut kembung baghulah segaq.

Ulaq melengkiaq didalam pasiaq,
Takajuik tekencing dalam seluaq,
Meneghojoi laghi tekejaq-kejaq
Bubuh penendang baghu nak sedaq.

Banyak meghokok mulutpun hebiaq,
Makan apapun teghasa tawaq,
Berita baik hangpa dah habaq,
Tingkatkan standart, teruskan iktiaq ,
Tolong menolong jangan ketegaq, ah?
Wakakakah,kah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...