Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Selasa, Februari 10, 2009

Boria Budayasari Meriahkan Chap Goh Mei di Padang Kota

Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang telah mempersembahkan boria di Padang Kota Lama, Pulau Pinang sempena perayaan Chap Goh Mei Tahun Baru Cina pada 9 Februari 2009. Antara tetamu ternama ialah Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng. Acara-acara menarik lain dari kesenian berbagai kaum juga turut diadakan. Antaranya, Dondang Sayang Baba dan Nyonya, Tarian India, Tarian Singa, Chingay dan banyak lagi.

Sketsa telah dijayakan oleh - Yusof M. Hashim (Pak Kojek), Sharifah dan Omar M. Hashim (Omara). Tukang karang - Rockydin. Sailor - Angkatan Budaya Sari pimpinan Zaini Man. Lagu - Zulkifli Omar. Rangkap Karangan - Omar M. Hashim (Omara).

1 ulasan:

rantong berkata...

Pihak media tv perlu publisitikan tarian boria ni. Jadikan spt pertandingan realiti. Mungkin, ramai yg akan masuk pertandingan tu.
View Profile: Rantong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...