Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Isnin, Disember 20, 2010

UNIMAP Juara Boria FESTKUM 2010




Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah dinobatkan menjadi Juara pertandingan Boria FESTKUM 2010 yang telah berlangsung di Perlis pada 16 dan 17 Disember 2010. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah dan ketiga pula telah disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Negeri Sembilan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Warisan Boria ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.

Gambar:
Atas - Tempat Pertama Kumpulan Boria UNIMAP sedang mempersembahkan sketsa boria.

Tengah - Tempat Ke Dua Kumpulan Boria UITM Kedah tukang karang sedang beraksi.

Bawah - Tempat ke Tiga Kumpulan Boria USIM dengan persembahannya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,nak tanya.. yg menang emas busana pakai skirt, berkasut boot dan berambut afro tu, ikut tradisi boria ke? saya agak confused di situ.. mungkin penerangan tuan boleh dijadikan panduan utk peserta tahun hadapan lebih mengenali 'tradisi' boria..

OMARA berkata...

Salam. Terimakasih Tanpa Nama....
Sebenarnya dalam boria tidak ditetapkan bentuk pakaian/busana... Tukang karang dan sailor bebas menggunakan apa apa busana. Masing-masing boleh gunakan kreatif sendiri untuk mencantikkan kumpulannya....
Saya jawab sebagai pemerhati dan penggiat boria P. Pinang. InsyaAllah saya akan dapatkan rumusan pengadil Festkum 2010 untuk huraian mereka pula.

Tanpa Nama berkata...

memang boria tidak tetapkan busana pakaian nyee mcam manee tetapi mestila berkait rapat dengan tema 1 malaysia . busana skirt ,berkasut boot dan warna hitam dan hijau tidak ade kaitan langsung dengan tema 1 malaysia . disitu saya musykil .
terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...