Satu pertandingan boria khas untuk remaja Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 11 Februari 2012, hari sabtu di Padang Kota Lama, Pulau Pinang sempena Program PDRM. Pertandingan bermula dari jam 3.00 petang hingga 7 malam. Pertandingan berpandukan kepada tema program yang diputuskan iaitu RAKAN REMAJA COP BERSAMA MEMBENTERAS JENAYAH.
Penyertaan
adalah terbuka kepada kumpulan boria di dalam Negeri Pulau Pinang.
Tarikh tutup penerimaan borang
penyertaan ialah pada 8 Februari 2012.
Hanya 7 kumpulan sahaja yang
akan diterima bertanding berdasarkan serahan borang yang lebih awal.
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Pemenang, Bangunan PEMENANG, Jalan Pemenang, Pulau Pinang atau boleh juga hubungi En. Omar Hashim Omara di talian 013-4220091. Borang yang telah
diisi hendaklah disampaikan sendiri ke Pejabat Pemenang di Jalan Pemenang,
Pulau Pinang sebelum jam 4 petang pada tarikh tutup atau boleh juga dihantar
melalui email kepada Email: omara353535@hotmail.com
.