Pelawak dan Pelakon Sketsa Boria
Tok Moh atau nama sebenarnya Hanizar Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 1
Mac 2016 bersama isterinya. Arwah berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya
di Sg. Petani, Kedah. Gambar di atas arwah Tok Moh yang di tengah, memakai baju
melayu warna hijau. Ini dalam salah satu episod semasa pengambaran Boria Asli
untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dibuat pengambaran di Balik Pulau, Pulau
Pinang tidak lama dulu.
Berita di bawah pula di petik dari
Harian Metro oleh: Rudy Syareme Sheriffudin
Berita di bawah pula di petik dari
Harian Metro oleh: Rudy Syareme Sheriffudin
Bayan Lepas: Jenazah suami isteri
yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran Taman Keladi, Sungai
Petani petang semalam selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan
Islam, Masjid Maqbul, Teluk Kumbar di sini, 11.45 pagi tadi.
Jenazah aktivis teater, Hanizar
Abdul Hamid, 44 dan isterinya, Zaiton Awang, 42, tiba dengan dua van jenazah di
masjid kira-kira 11 pagi dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
untuk disembahyangkan.
Suasana pilu menyelubungi apabila
sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah pasangan suami
isteri itu yang terbabit kemalangan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke
rumah.
Turut hadir, ibu Hanizar, Hasnah
Bakar, 70, serta sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai.
Arwah meninggalkan empat anak
berusia lapan hingga 15 tahun yang kini dijaga Hasnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan