Dia mula main boria dari zaman remaja lagi. Pernah menyertai Pertandingan Dendang Rakyat Bahagian Boria dan kumpulannya berjaya dalam pertandingan itu.
Dia berhenti main boria lebih kurang duapuluh tahun yang lalu. Kini setelah dia kembali aktif berlakon sketsa dalam persembahan-persembahan boria di Pulau Pinang. Disamping itu dia terlibat juga dalam persembahan ghazal parti dan bangsawan.
Kini usianya 63 tahun. Mempunyai anak dan cucu-cucu. Terus martabatkan boria dan ghazal parti di persada seni warisan tanahair. Siapa dia? Ya.. Abu Bakar bin Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan Mamu Bakar juga Bakar Panjang.
Bakar aktif dalam Kumpulan Boria Dakotas, Jelutong bersama-sama dengan Nordin Marekan dan Hashim sebagai pelakon sketsa dalam tahun 70an ke 80an semasa Pesta Dendang Rakyat dianjurkan oleh Radio dan Tv Malaysia. Kumpulannya pernah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan itu yang diadakan dalam tahun 1983 di Johor.
Semasa Boria dipersembahkan di Padang Tambun dulu, Bakar sudah mula bermain boria. Kini Bakar menyertai Kumpulan Mamu Tanjung dan terlibat juga dengan kumpulan kumpulan lain apabila diundang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan