Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Warisan Boria yang saya hormati. Saya dapat beberapa email dan panggilan telefon yang bertanyakan kenapa saya kurang aktif menulis di sini lagi. Sedangkan dulunya saya begitu aktif menulis. Saya terpaksa juga jawab di sini walaupun rasa amat berat hendak menulisnya.Boria Zaman Dahulu
Rabu, April 27, 2011
Jawapan dari Omar Hashim Omara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Warisan Boria yang saya hormati. Saya dapat beberapa email dan panggilan telefon yang bertanyakan kenapa saya kurang aktif menulis di sini lagi. Sedangkan dulunya saya begitu aktif menulis. Saya terpaksa juga jawab di sini walaupun rasa amat berat hendak menulisnya.Khamis, April 21, 2011
Festival Boria 1 Malaysia di Kampung Seronok
Rabu, April 20, 2011
SESI BERSAMA PENULIS PENGGIAT SENI BORIA
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan mengadakan acara SESI BERSAMA PENULIS (PENGGIAT SENI BORIA) bertempat di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 24 April 2011 (Ahad) jam 12.00 - 1.00 tengah hari.Selasa, Mac 15, 2011
Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang

Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang 28 April Hingga 1 Mei
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Festival Boria 1Malaysia dari 28 April hingga 1 Mei ini di Kampung Seronok, Bayan lepas.
Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, remaja (13 hingga 20 tahun) dan terbuka (16 tahun ke atas).
Bagi kategori kanak-kanak, hadiah bagi johan kumpulan ialah wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik (RM500).
Bagi kategori remaja, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM3,500, naib johan RM2,500, tempat ketiga RM1,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500 manakala bagi kategori terbuka pula, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM5,000, naib johan RM3,500, tempat ketiga RM2,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500.
Khamis, Mac 03, 2011
DVD Seni Persembahan Boria
Jumaat, Februari 04, 2011
Isnin, Januari 24, 2011
BORIA DI JOM JALAN TV3 24 JAN 2011 JAM 6 PETANG
Sabtu, Januari 08, 2011
Boria Turut Berlarak di Sambutan Bandaraya George Town ke 54




Sabtu, Disember 25, 2010
Saksikan Pengambaran Boria Omara Bersama Tv3 pada 26 Disember 2010
Isnin, Disember 20, 2010
Piee Beraksi Semula di Pentas Boria





UNIMAP Juara Boria FESTKUM 2010



Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah dinobatkan menjadi Juara pertandingan Boria FESTKUM 2010 yang telah berlangsung di Perlis pada 16 dan 17 Disember 2010. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah dan ketiga pula telah disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Negeri Sembilan.
Rabu, Disember 15, 2010
Pertandingan Boria di Festkum 2010

BORIA DI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 2010
Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FEStKUM) akan diadakan pada 15 hingga 19 Disember 2010 melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau).
Program ini merupakan pengajur bersama Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan RTM.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti
- Rampaian tarian tradisional Melayu
- Nyanyian irama Malaysia
- Nyanyian antarabangsa
- Tarian tradisional Cina
- Tarian klasik India
- Band akustik
- Dikir barat
- Boria
Ahad, Disember 12, 2010
BORIA OMARA Dalam Pengambaran TV2 RTM Rancangan IN-TREND




SALAM PULAU PINANG
Di sini dok pi, di sana dok mai
Seronok sakan, tenang dan damai
Pulau Mutiara, indah dan permai

10 Disember 2010 - Bertempat di Tanjung Bunga Beach Hotel Pulau Pinang, Kumpulan Boria OMARA telah dipilih mengadakan persembahan dalam pengambaran IN-TREND terbitan TV2 RTM. Penerbit Syazwani Suleiman dan juga Penolong Penerbit, Aishah Hisham bersama Unit Majalah & Dokumentari, RTM telah menjayakan pengambaran ini.
Khamis, Disember 09, 2010
Pastikan Boria Hari Ini Mengikut Boria Tradisi


Pastikan persembahan boria moden mengikut Boria Tradisi.
1. Boria ada sketsa/cerita/lakonan boria... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
2. Boria ada tukang karang.... pegang tongkat penunjuk/baton sambil menyampaikan rangkap karangan boria....kalau lain daripada itu bukanlah boria.
3. Boria ada rangkap karangan, susunan sukukata atau rima hujungnya sama setiap rangkap.... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
4. Tukang karang boria menyampaikan karangan dengan suara lantang, jelas mengikut irama lagu.... kalau menyanyi itu tak boleh dipanggil tukang karang boria... itu kita panggil penyanyi.
5. Boria ada sailor/kelasi di belakang tukang karang sambil bergerak mengikut step boria... kalau menari tu dipanggil penarilah atau tarian... bukannya boria.
6. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar dan lagu persembahan.... kalau yang lain tu kita panggil lagu sajalah.
7. Sailor/kelasi mengulangi rangkap karangan yang disampaikan oleh tukang karang (biasanya dipermulaan dan akhir. Boleh juga yang lain.... tapi kalau sailor/kelasi tak menyanyi itu bukan borialah....
8. Boria tu borialah.... tidak menyamai seni yang lain.
Untuk memartabatkan kesenian warisan boria, pastikan peraturan boria sentiasa dipatuhi.
Selasa, Disember 07, 2010
Boria Omara - Remaja di Seberang Jaya






Rabu, November 24, 2010
Mai Penang My Boria di TV3 27 Nov 2010
Selasa, November 23, 2010
Remaja Semakin Meminati Boria






Sejak akhir-akhir ini semakin ramai kanak-kanak dan remaja yang mula mengenali seni warisan sendiri terutamanya 'boria'. Pertama mungkin kerana pihak sekolah rendah mengadakan Pertandingan Boria Anti Dadah setiap tahun. Kedua IPT terutamanya MAKUM dan FESTKUM mengadakan pertandingan Boria setiap tahun di seluruh negara. Ketiga ada juga pihak tertentu yang mula berikan perhatian kepada remaja untuk mendampingi seni dan budaya.
Ini adalah satu perkembangan yang baik. Sekurang-kurangnya kita dapat hindarkan para remaja dari kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti merempit, lepak dan beberapa gejala sosial yang semakin buruk akhir-akhir ini. Pendedahan kanak-kanak dan remaja kepada seni budaya dan warisan adalah satu perkembangan yang baik dan seharusnya dibantu.
Saya juga banyak beri peluang kepada kanak-kanak dan remaja supaya terlibat dalam boria di Pulau Pinang. Bersama-sama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Bahagian Multimedia, saya telah merakamkan 5 buah lagu boria kanak-kanak. Saya juga menguruskan rakaman tarian Dendang Si Manja yang terdiri dari kalangan kanak-kanak di Pulau Pinang juga untuk DBP.
Tidak lama dulu, persembahan boria pelajar seramai 2020 orang juga telah berjaya memecah rekod Malaysia sebagai boria yang teramai dipersembahkan di PISA Pulau Pinang. Paling terbaru saya bekerjasama dengan TV3 dalam pengambaran Boria Remaja TV3 untuk rancangan Remaja TV3. Begitu juga di Radio Malaysia Mutiara FM baru-baru ini sempena menyambut hari kemerdekaan saya telah membantu kanak-kanak dalam rakaman boria.
InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar kemungkinan saya akan buatkan boria terbesar seramai 40 orang dalam satu persembahan di Pulau Pinang pada awal tahun 2011 ini yang terdiri dari remaja-remaja empat kumpulan boria yang akan saya satukan. Semoga usaha ini akan berjaya dan mendapat perhatian dari pihak pihak yang berkenaan untuk sama-sama membantu memartabatkan kesenian warisan boria ini di persada seni warisan tanahair.
Isnin, November 22, 2010
TV3 Rakam Boria Remaja Untuk 'Mai Penang My Boria' REMAJA TV3





Baru baru ini Krew TV3 yang diketuai oleh Mohd Syazwan Roslan (E’OnE) Penolong Penerbit & Pengacara, REMAJA TV3 telah memberi peluang kepada boria Pulau Pinang dalam 'Mai Penang'... 'My Boria" untuk rancangan REMAJA TV3.
Jumaat, November 05, 2010
Boria KKJ Pulau Pinang Tampilkan Tukang Karang Wanita



Ekspo BBM, riuh di PISA
Sambut pengunjung, pelbagai bangsa
Buatan Malaysia, tetap perkasa
Boria KKJ, taburkan jasa.
Inilah salah satu rangkap karangan boria yang telah dipersembahkan oleh Boria KKJ dari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Pulau Pinang sempena memeriahkan Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara yang berlangsung di PISA Pulau Pinang hujung bulan Oktober 2010 lalu. Yang menariknya, kali ini Boria KKJ telah menampilkan seorang tukang karang wanita Dyan Tiey.
Sketsa oleh Razali, Tok Moh, Pak Luih dan Lanun. Lagu dan Rangkap Karangan oleh Omar Hashim Omara.
Dyan Tiey berjaya melagukan karangan boria yang mengandungi sepuluh rangkap kesemuanya dalam persembahan tersebut. Semoga beliau akan terus memajukan seni warisan boria di Pulau Pinang.







