Boria Zaman Dahulu
Isnin, Disember 29, 2008
Kenangan Boria 80an Persembahan KUDRAT
Isnin, Disember 15, 2008
BORIA ASLI DI SUNGAI ARA GAMATKAN FESTIVAL MERAKYATKAN SENI
menggamatkan Malam Festival Merakyatkan Seni Budaya yang berlangsung di Perkarangan Taman Desaria Sri Merpati, Sungai Ara, Pulau Pinang. pada malam 14 Disember 2008.
Tajuk - Merakyatkan Seni
Pemimpin - Omara
Karangan - Omara
Tukang Karang - Jibran
Sketsa - Chick, Chop, Shamsuddin dan Bakar.
Lagu - Omara dan Zulkifli Omar
Sabtu, Disember 13, 2008
HUBUNGI WARISAN BORIA
Rabu, Disember 03, 2008
Rangkap Karangan - Warisan Dunia, George Town Di Hebah
Rangkap karangan, boria digubah
Warisan dunia, George Town dihebah
Boria Pulau Pinang, salam muhibbah
Setelah teliti, dikaji dikesan
Akhirnya UNESCO, membuat keputusan
George Town menjadi, Bandar warisan
Bersama Melaka, terima bingkisan
Di bawah kategori, warisan budaya
Berbilang kaum, pelbagai gaya
Hidup harmoni, bersatu berjaya
Mutiara Timur, indah bercahaya
Merafak sembah, menyusun jari
Karangan boria, kami akhiri
Pulau Mutiara, terus berseri
Boria Pulau Pinang, mengundur diri
Selasa, Disember 02, 2008
Boria Finale George Town Melaka Gegarkan Dataran Merdeka
Lagu boria Finale dicipta oleh Zulkifli Omar dan idea oleh Omara.
Rangkap Karangan ditulis oleh Omar M. Hashim (Omara). Pengajar Geraktari Boria - Yanti (P. Pinang). Gambar-gambar diambil oleh Omara pada malam raptai penuh 21 November 2008.
Isnin, Disember 01, 2008
Perarakan dan Persembahan Boria Pulau Pinang di Majlis Pengistiharan Watikah George Town Melaka Bandar Warisan Dunia
Setelah menunjukkan Pra persembahan pada petang 22hb. November di Dataran Merdeka, Kumpulan Boria Klasik Pulau Pinang sekali lagi menyertai perarakan dan membuat persembahan di pentas utama berhadapan pentas diraja sempena Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di Dataran Merdeka.
Pada Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Penyerahan watikah itu disampaikan oleh Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Tuanku Mizan.
Antara yang menyertai persembahan boria ini ialah: Ahmad Nizam Ramli, Hazlan Abdul Hamid, Hazli Abd. Hamid, Hamizar Abd. Hamid, Ahmad Hazimin Abu Bakar, Khuri Mohd Noor, Haizal Hezree Mohd. Hussain, Mohd Firdaus Mazlan, Azmir Aziz, Wan Azrul Azizan, Hasrol Hisham Mohd. Hassan, Rosely Abdullah, Shamsuddin Othman, Jibran Khalil Sinda Madar, Zahari Rasid, Aura Almahadi Khuri, Mustaffa Ishak, Omar Hashim, Wan Kamarulzaman dan ramai lagi.
Sabtu, November 29, 2008
BORIA KLASIK CERIA DAN MERIAH DI DATARAN MERDEKA
Foto oleh: Omar M. Hashim (Omara)
Sketsa Boria Di Dataran Merdeka 22 November 2008
Chick, Chop, Bakar dan Shamsuddin mempersembahkan sketsa boria dalam Pra Persembahan di Dataran Merdeka mulai jam 5.30 petang hingga 7.00 malam sementara menunggu acara rasmi Majlis Penyerahan Watikah Pengiktirafan Melaka dan George Town Sebagai Tapak Warisan Dunia pada 22 November 2008 (Sabtu) di Dataran Merdeka jam 7.45 malam.
Foto Oleh: Omara
Sabtu, Oktober 25, 2008
Persembahan Boria Dalam Teater SOFEA
Boria dipersembahkan sebagai penutup Teater SOFEA yang dipentaskan di Taman Budaya Jalan Lintasan Kayangan, Negeri Perlis Indera Kayangan pada 25 dan 26 Oktober 2008 mulai jam 8.30 malam.
SOFEA dibawa oleh Angkatan Budayasari Pulau Pinang arahan Anissobri Ahmad (Ba'e) yang juga seorang pelakon sketsa boria di Pulau Pinang. Pementasan ini anjuran/kelolaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.
Menampilkan - Artis-artis Lakon NGO Negeri Pulau Pinang serta penampilan istimewa Tok Moh (Raja Lawak).
Dimuatkan rangkap karangan boria untuk Teater SOFEA yang dihasilkan oleh Omar M. Hashim (OMARA).
Menjadi pelacur di tengah kota
Hidup melarat gelap gelita
Angkatan Budayasari membawa cerita
Terperangkap Sofea di lembah hina
Bergelomang hidup maksiat dan zina
Bingung Sofea serba tak kena
Akibat kongkongan lelaki durjana
Dunia pelacuran cuba didedah
Suka duka gelisah dan gundah
Mencari rezeki secara mudah
Akhirnya tiba sengsara dan padah
Ibu menangis setiap hari
Ke sana sini Sofea dicari
hilangnya menjadi sebuah misteri
doa ibu tidak terperi
Tamatlah cerita menjadi pengajaran
Kotornya hidup dunia pelacuran
Hilanglah keluarga hilanglah jiran
Angkatan Budayasari memberi gambaran
Isnin, Oktober 20, 2008
Tempah atau sewa kostium boria
Khamis, Oktober 16, 2008
Boria Meriahkan Sambutan Hari Raya di Perkarangan Kompleks Pustaka Warisan Seni Pulau Pinang
Kumpulan sketsa, tukang karang dan sailor boria yang berpakaian warna warni hari raya telah mempersembahkan boria bertajuk 'Sambutan Hari Raya'.
Sketsa boria dijayakan oleh Abu Bakar Kassim (Mamu Bakar), Yusof M. Hashim (Chop) dan Omar M. Hashim (Omara) yang dikenali dengan Kumpulan Mamu Tanjung.
Tukang karang dan sailor dari kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang.
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang Cik Mariam Sulaiman turut menyerikan persembahan apabila naik ke atas pentas dan sama-sama menarikan gerakan boria. Sebelum itu para tetamu telah dihiburkan dengan acara-acara kebudayaan dan kesenian yang dipersembahkan oleh anak-anak seni yang aktif di Pulau Pinang.
'Bersama Martabatkan Boria Sebagai Seni Warisan Pulau Mutiara'.
Selasa, Oktober 14, 2008
Pertandingan Boria Tahun 1983 - Boria KUDRAT turut serta
Kumpulan Boria KUDRAT (Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat Seberang Perai) dibawah pimpinan Omar Hashim turut serta dalam satu pertandingan boria yang diadakan di Dewan Bandaran Butterworth dalam tahun 1983. Kiri - Sketsa boria oleh Lutfi, Yusof Hussin, Suhaimi, Mat Isa Salleh dan Yusof Mat. Kanan - Persembahan boria dengan tukang karangnya Jasni. Foto oleh: Omar M. Hashim (OMARA).
Rabu, Oktober 08, 2008
Boria Pengakap Kumpulan 12 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang ke Kelantan
Ahad, Oktober 05, 2008
BORIA BISTARI TAHUN 1979
Isnin, September 29, 2008
BORIA SEKARANG
Selasa, September 16, 2008
Boria Bubur Lambok di Mutiara FM
Pemegang-pemegang watak siri komedi popular Nasi Kandar Papdom (Rancangan Radio Mutiara FM), Omara, Chick dan Deejay YY telah merakamkan lagu boria bubur lambok di Mutiara FM. Tukang karang: YY, Karangan boria: Omara, Sketsa: Chick dan Jaafar.
Lapan belas September kembali bergema
Bubur lambuk tajuk utama
Mutiara fm anjuran bersama
Terkenal dengan resepi lama
Kepada semua kami menyeru
Di Tanjong Tokong Masjid Tuan Guru
Deejay Mutiara fm lama dan baru
Lepas zohor pakatlah meneru