Boria Zaman Dahulu
Jumaat, Disember 28, 2012
Khamis, Disember 27, 2012
Rabu, November 07, 2012
Pahlawan Cangkul Karangan Abdullah Darus
tanam
setahil hasil berpikul,
bersama
menanam mengerat memukul,
isikan
guni mengangkat dan memikul.
Sawah
di ladang luas terbentang,
bekerja
keras pagi dan petang,
hujan
dan panas tiadalah pantang,rezeki yang halal hidup tidak berhutang.
Alangkah
mulia jadi petani,
hidupnya
bebas dari jadi kerani,
makanan
mewah beras berguni-guni,
aman bahagia di samping anak bini.
Hidup
Pak Tani tiada berjoli,
beras
dan sayur tak payah dibeli,
maksiat
di desa kurang sekali,
wang
tersimpan hasil tambah kembali.
Hidup
petani tahan diuji,
siang
bekerja malam mengaji,
lima
Rukun Islam sampai ke haji,
banyak
Pak Tani yang sanggup tunai janji.
Kepada
petani patut dihormat,
sungguh
berjasa banyak berkhidmat,
kalau
dilupakan rezeki
dan rahmat,
hidup
di bandar tidak akan selamat.
Sebuah rangkap karangan Boria tulisan Abdullah Darus atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah Boria.
Isnin, Oktober 29, 2012
Sketsa Boria oleh Kumpulan Mamu Tanjung
Persembahan sketsa BORIA oleh Kumpulan Mamu Tanjung yang terdiri dari Abu Bakar Kassim (Bakar Panjang), Omar Hashim (Omara), Yusof Hashim (Pak Kojek @ Chop Misai Kontot) dan Sharifah Juairiah (Sharifah) dalam satu persembahan di Perkarangan RTM Alor Star, Kedah, DarulAman sempena MY Gempaq anjuran RTM dan JKKN Oktober 2012.
Ahad, Oktober 21, 2012
Sabtu, Oktober 20, 2012
Boria dalam Akhbar Utusan Malaysia 20 Oktober 2012
Boria: hiburan, propaganda dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 20 Oktober 2012
POPULARITI boria di negeri-negeri utara Semenanjung khususnya Pulau Pinang sukar untuk disangkal. Malah, tidak keterlaluan dikatakan aktiviti yang dikelaskan oleh sesetengah pihak sebagai sebuah persembahan teater menjadi ikon kepada negeri pulau mutiara itu.Gabungan iramanya, kepetahan tukang karang dan kesepakatan penyanyi latar atau sailor antara elemen utama yang menghidupkan boria.
Persembahan boria juga tidak akan lengkap tanpa warna-warni pakaian anggotanya yang bukan sahaja menceriakan suasana tetapi menjadi identiti kepada pertunjukan itu.
Walaupun sangat popular namun masih ramai masyarakat termasuk anak negeri itu tidak mengetahui maklumat lanjut tentang seni hiburan yang berasal dari tanah Arab itu.
Wartawan S2, MOHD. FIRDAUS ISMAIL dan MALINDA ABDUL MALIK serta jurugambar ISMAIL KAMADIN dan SAZALI CHE DIN menemui beberapa veteran dan penggiat boria di Pulau Pinang.
Jumaat, Oktober 19, 2012
Selasa, Oktober 02, 2012
Boria akan di bawa ke Peringkat Global
Kini usaha sedang dilakukan untuk membawa seni warisan Boria ke peringkat Nasional dan Global. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014 kami para penggiat boria dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), Kementerian Pelancongan Malaysia dan semua pihak yang terlibat.
Jumaat, Ogos 31, 2012
Boria di Raya Light and Sound Show di Town Hall Pulau Pinang
Buat pertama kalinya persembahan boria akan digabungkan dengan Light & Sound Show yang akan berlangsung di hadapan Bangunan bersejarah Town Hall, George Town, Pulau Pinang pada 16 September 2012 antara jam 7 malam hingga ke 11 malam.
Semua peminat-peminat boria dijemput datang beramai-ramai menyaksikannya. Masuk percuma. Persembahan akan diadakan sebanyak 3 kali untuk berikan peluang kepada lebih ramai orang yang dapat menontonnya.
Rangkap karangan boria mengenai sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya dan akan dipersembahkan oleh Kumpulan Boria Asli Nasional pimpinan Omar Hashim Omara.
Selamat menonton!
Rabu, Julai 18, 2012
Boria di KLCC Sempena 1M4U
Tiga Kumpulan Boria yang terdiri dari Angkatan Budayasari, Boria Gema Permata dan Boria Asli Nasional telah diundang mengadakan persembahan di Esplanade Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) bagi sempena upacara Pelancaran
“ 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai 2012.
Majlis anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sukarelawan dari pelbagai sektor berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang diaturkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.
Melalui foto foto ini sudah dapat mengambarkan kemeriahan suasana persembahan boria boria ini dan sambutan hebat yang telah diberikan oleh para penonton di sepanjang acara.
Selasa, Julai 10, 2012
Boria Asli Berarak di Sambutan Georgetown Festival kali ke 4
Sempena sambutan perayaan Georgetown Bandar Warisan Dunia kali ke 4 yang telah berlangsung selama sebulan di Georgetown, pelbagai acara kebudayaan dan kesenian telah diadakan. Persembahan Boria juga tidak pernah dipinggirkan di setiap kali sambutan diadakan. Kali ini ialah persembahan Boria Asli dengan tajuk Jawi Peranakan di Pulau Pinang.
Pada petang hingga ke malam 7 Julai 2012, kumpulan Boria gabungan Budayasari dan Boria Asli Nasional telah memeriahkan acara dengan persembahan boria di sepanjang beberapa batang jalan di Georgetown secara berararak. Penonton yang terdiri dari pelancong luar negera dan penduduk tempatan telah memberikan sambutan hebat dan meriah.
Sabtu, Jun 30, 2012
Boria UBAT di Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012
Boria Budayasari meriahkan Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dan Persatuan Farmasi Malaysia di Jusco Bandar Perda, Seberang Perai Jun 2012.
Boria Budayasari pimpinan Zaini Man dan Rohaya Ayub, Tukang Karang Hafizi Jie, Rangkap Karangan Omar Hashim Omara, Sketsa Chop, Sharifah dan Omara serta barisan sailor Budayasari.
Tajuk: UBAT
Jumaat, Jun 08, 2012
Boria di Angkasapuri untuk Tv RTM
Lokasi: Auditorium Besar Angkasapuri
Tarikh: 5 Jun 2012
Rakaman: BORIA Tv RTM
Kumpulan: Kumpulan Boria Asli Nasional
Pimpinan: Omar Hashim Omara
Tukang Karang: Boria 1 - Imuda
Boria 2 - Chik
Tajuk: Budi Bahasa dan Malaysia Gemilang
Sketsa: Mamu Bakar Panjang, Sharifah Juairiah, Omar Hashim Omara, Imuda dan Chik Pak Man Telo
Lagu: Komposer Din As-Salam
Langgan:
Catatan (Atom)