Boria Zaman Dahulu

Sabtu, Oktober 20, 2012

Boria dalam Akhbar Utusan Malaysia 20 Oktober 2012


Boria: hiburan, propaganda dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 20 Oktober 2012

POPULARITI boria di negeri-negeri utara Semenanjung khususnya Pulau Pinang sukar untuk disangkal. Malah, tidak keterlaluan dikatakan aktiviti yang dikelaskan oleh sesetengah pihak sebagai sebuah persembahan teater menjadi ikon kepada negeri pulau mutiara itu.
Gabungan iramanya, kepetahan tukang karang dan kesepakatan penyanyi latar atau sailor antara elemen utama yang menghidupkan boria.
Persembahan boria juga tidak akan lengkap tanpa warna-warni pakaian anggotanya yang bukan sahaja menceriakan suasana tetapi menjadi identiti kepada pertunjukan itu.
Walaupun sangat popular namun masih ramai masyarakat termasuk anak negeri itu tidak mengetahui maklumat lanjut tentang seni hiburan yang berasal dari tanah Arab itu.
Wartawan S2, MOHD. FIRDAUS ISMAIL dan MALINDA ABDUL MALIK serta jurugambar ISMAIL KAMADIN dan SAZALI CHE DIN menemui beberapa veteran dan penggiat boria di Pulau Pinang.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...