Terima kasih Razman Rahman, anak kepada Allahyarham Rahman Hamid, seorang penerbit Pesta Dendang Rakyat RTM Pulau Pinang dan juga seorang penggiat boria di Pulau Pinang. Razman yang sempat merakamkan gambar-gambar sempena pelancaran Blog Warisan Boria yang telah berlangsung di Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang pada 18 Mac baru-baru ini telah menghadiahkan banyak gambar-gambar yang diambilnya di majlis tersebut. Saya temui Razman pagi 23 Mac 2009, di rumahnya Kampung Dodol, Pulau Pinang. Razman seorang jurugambar dan jurukamera video yang berpengalaman di Pulau Pinang.
Gambar 1 - Sketsa Boria oleh Pelawak Chik, Omara, Bakar Panjang dan Chop Pak Kojek.
Gambar 2 - Persembahan Boria Asli oleh Kumpulan Boria Autentik Pulau Pinang Pimpinan Omara.
Gambar 3 - Omar M. Hashim (Omara) sedang berucap.
Gambar 4 - Encik Siri Neng Buah, Pengarah Seni Budaya dan Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia sedang mengklik komputer sebagai gimik pelancaran disaksikan oleh Encik Amilizan, Puan Fariza (Pen. Pengarah JKKN Ng. Pulau Pinang), Omara dan Pn. Zaini Man.
Gambar 5 - Encik Siri Neng Buah sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Foto-Foto Oleh: Razman Rahman
1 ulasan:
salam mamu,saya menyokong usaha mamu nak martabatkan boria ni.saya rasa semangat bila baca ulasan-ulasan mamu pasal boria yang sebelum ni saya xtau.Padahal untuk pengetahuan mamu,saya anak menakan arwah Mamu Zali@Zali Kopi yg aktif dalam boria ni.Tp saya xsempat nak mengikuti dunia boria ni kerana kekurangan sumber.dengan adanya blog mamu ni,bolehla golongan belia mendapat info berkenaan dengan boria memandangkan sebelum ini info tentang boria mmg terhad sgt2.tahniah diucapkan atas perjuangan semua warga kerja yg memartabatkan boria..insyaallah jika kelapangan,saya dan rakan2 photographer penang flickr akan support dan cover event boria ini dan publish kat dunia luar gambar2 menarik tentang boria ini..
p/s:selain SKBTK,saya juga bekas student SMKDOB..
Catat Ulasan