Boria Zaman Dahulu
Selasa, Mei 05, 2009
Dari Penulis, Penyusun dan Penerbit Blog Warisan Boria
Assalamualaikum para pembaca dan pengikut Blog Warisan Boria ini semua,Terima kasih kerana anda terus mengikuti perkembangan seni warisan boria dalam blog ini.
“Blog ini saya tulis, susun dan terbitkan dengan percuma adalah dengan tujuan hendak memartabatkan seni warisan boria yang hampir pupus. Saya telah membuang masa, tenaga dan wang ringgit kerananya. Tapi saya tidak pernah kecewa atau putus asa kerana saya yakin inilah perjuangan saya yang harus diteruskan.
Namun demikian, dalam perjuangan selalunya ada cabaran, rintangan dan halangan. Ada yang sambut baik hasil usaha saya ini dan ada juga yang memandang sebaliknya.
Kepada kumpulan-kumpulan boria yang masih lagi aktif di Pulau Pinang saya ucapkan syabas. Anda sebenarnya penyambung perjuangan terus menghidupkan boria. Jika tidak ada siapa lagi yang mahu meneruskannya, sudah tentu ‘Boria’ telah lama pupus dan hanya tinggal nama begitu saja. Jika ada kesilapan dan kelemahan dalam persembahan boria, atau kesilapan saya di sini, kita harap mereka-mereka yang pakar dan lebih berpengetahuan tolonglah perbetulkan secara berdepan, bukan mengkritik dari belakang. Jika kita mahu ‘boria’ maju dan berkembang, jangan harapkan orang lain atau sesiapa, sebaliknya kita sendirilah yang perlu menghidupkannya.
Jangan pula orang Pulau Pinang terkejut jika suatu hari nanti orang luar pula yang akan mengambil alih seni warisan ini. Sekarang pun persembahan boria sudah mendapat tempat di luar Pulau Pinang. Bagi saya, hal remeh-temeh janganlah kita perbesarkan. Penggiat-penggiat boria harus bersatu. Buatlah yang terbaik untuk memajukan ‘boria’. Tanyalah diri kita sendiri dulu apa sumbangan kita kepada semua seni warisan yang terdapat di negara kita? Usah kita melemahkan perjuangan orang-orang lain sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.
Kepada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang, Jabatan Warisan Negara Kuala Lumpur, Bahagian Multimedia Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, RTM Angkasapuri, RTM Klasik Nasional, RTM Pulau Pinang, Astro Awani, TV9, Akhbar-akhbar tempatan, majalah-majalah dan semua pihak (jika tidak disebutkan di sini) yang telah memberi peluang kepada seni warisan boria ini saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada pembaca Blog Warisan Boria yang setia, terima kasih diucapkan!”
- Saya, Omar M. Hashim (OMARA) Pulau Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kENAPA DENGAR SEDIH SAJA? PEDULIKAN ORANG! MEMANG ORANG MELAYU MACAM TU, BILA ORANG BUAT DEPA KTITIK SEDANGKAN MEREKA TAK BUAT APA PUN. JADI BIARKAN MEREKA TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA DAN SDR. OMARA TERUSKAN PERJUANGAN, INSYA ALLAH SDR.OMARA AKAN LEBIH BERJAYA.
Terima kasih anda yang memberikan ulasan di atas, kata-kata anda menambahkan semangat saya. Alhamdullilah!
Catat Ulasan