Boria Zaman Dahulu

Sabtu, Jun 27, 2009

Aktiviti Boria Dalam Akhbar SINAR HARIAN 27 Jun 2009


Warisan Boria ucapkan terima kasih kepada Akhbar SINAR HARIAN dan Skuad Cakna Siti Nadiah kerana telah melapurkan Program Bicara Eksekutif Budaya "PERKEMBANGAN BORIA PULAU PINANG; KETOKOHAN ABU BAKAR JAAFAR DAN ABDULLAH DARUS" yang diadakan di Naza Hotel Pulau Pinang pada 24hb. Mei 2009 lepas.

Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Cik Mariam Sulaiman, Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Pengarah Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang Encik Nasir Malim dan Timbalan Pengarah JKKNNPP Encik Tuah.


Ahli-ahli panel yang terdiri dari Omar Abdullah, Kamaruddin Haniffa, Omar M. Hashim (OMARA) dan Syed Akir telah membincangkan mengenai perkembangan boria masakini dan ketokohan Abu Bakar Jaafar (Pak Kan) dan Abdullah Darus (Pak Lah). Sebuah persembahan boria khas dari Kumpulan Boria Warisan Jemari Pulau Pinang yang menggabungkan dewasa dan kanak-kanak telah menarik perhatian para jemputan.

4 ulasan:

Wilson berkata...

wau blog boria!
saya dulu pernah juga masuk pertandingan boria

waktu tahun 4 dan 5 (anti dadah)
dulu pertandingan boria ini diadakan di dewan sebelah rumah P.Ramlee.

waktu tahun lima boria sekolah saya, SRK Assumption, Butterworth telah meraih tempat pertama (2001) dan mewaikili p.pinang ke peringkat kebangsaan yang masa itu diadakan di ipoh.

nice blog about boria, we as penangites should continue to play our state "theme" :-)

wau tuan blogger, saya pun sama sekolah dengan tuan waktu sekolah menengah :-) smkdob kekeke

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Terimakasih Wilson kerana mai singgah kat sini. Tak sangka satu sekolah rupanya (cuma tahun lain lain). Kalau boleh tolong emailkan gambar semasa terlibat dalam boria di Pertandingan tahun 2001 tu, saya nak masukkan dalam Warisan Boria.

http://pbu21.blogspot.com berkata...

utk maklumat tuan juga, saya telah jumpa gambar2 lama itu :)
sy akan scan secepat mungkin dan emailkan kpd tuan

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Terima kasih Wilson. Saya menanti gambar-gambar tu... kita kongsikan bersama di Warisan Boria!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...