Boria Zaman Dahulu
Jumaat, Julai 03, 2009
Terdapat Jabatan Kerajaan Dan Swasta Yang Meremehkan Seni Boria
Ketika beberapa orang penggiat boria yang masih berusaha mempertahankan keaslian dan peraturan boria yang sebenar, ketika seni warisan ini masih ada usaha memperjuangkannya, dan pada masa yang sama juga terdapat pihak-pihak yang memandang ringan dan merosakkannya. Saya dan beberapa orang rakan sendiri kerap terserempak dengan persembahan yang disebut 'boria' sebaliknya 'bukan boria'.
Terdapat Jabatan-Jabatan kerajaan di Pulau Pinang sendiri yang memandang remeh dengan keaslian boria yang sebenarnya. Usaha mereka menubuhkan kumpulan boria untuk satu-satu persembahan sepatutnya dipuji, tapi pada masa yang sama mereka tidak perihatin dengan seni warisan boria itu sendiri. Kami menegur boria mereka yang tidak disertakan sketsa dipermulaannya dan rangkap karangan pula yang seratus peratus salah, tapi ada yang menjawab;
"Alah.... jangan jadi gila lah.... Buat boria sudahlah.... perkara remehlah.... Janji jadi boria, borialah.... Apa boleh kena tangkapkah kalau buat boria ikut suka kami?..... " dan macam-macam lagi kata-kata mereka sambil memperlekehkan nasihat kami penggiat boria.
Bagi kami, lebih baik jangan buat boria kalau hanya bertujuan ingin merosakkannya. Ataupun jangan disebut persembahan itu sebagai 'sebuah persembahan boria'. Katakan tarian, nyanyian atau apa-apa yang tidak berkaitan dengan boria.
Jika kami penggiat boria yang masih tinggal saki baki lagi ini tidak boleh menasihatkan kesilapan tersebut, habis siapa lagi. Selepas ini kami ambil keputusan akan menyiarkan gambar-gambar, video klip dan nama-nama kumpulan atau jabatan berkaitan di Blog Warisan Boria ini supaya penonton-penonton yang telah menyaksikan persembahan tersebut faham bahawa itu bukanlah sebuah persembahan boria.
Gambar Oleh Omar M. Hashim - Simposium, Forum dan Pertemuan Penggiat Boria yang telah beberapa kali diadakan hanya akan jadi bahan muzium sekiranya tidak mendapat kerjasama dari orang-orang Pulau Pinang sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam, Apa khabar Pak Omara yang gigih memperjuangkan seni Boria.
Ini adalah perkara biasa Pak, kami di KL pun begitu juga, menerima nasib yang sama. Kadang kala malas nak cakap, tapi kalau tak cakap, boleh sakit hati tengok depa ni. Sabit tu, payah nak kembang kat jabatan kerajaan ni.
Apa-apa hal pun, Pak Omara teruskan perjuangan ini, jangan mengalah dan berundur. Kalau depa tak mau, kut mana pun, Insyallah ada yang mahu pada keaslian dan menilai bahawa estetika seni budaya kita ni. Habaq kat depa, kalau sekerat ulaq, sekerat belut - nak panggil apa?
Salam perjuangan dari kami,
Kump Gendang Gemala Kasturi
Terima Kasih Kump Gemala Kasturi. Naik semangat saya bila membaca komen yang begitu bermakna dari rakan-rakan seperjuangan.
Catat Ulasan