Boria Zaman Dahulu

Sabtu, November 07, 2009

Daftar Sebagai Sahabat Warisan Boria


Setelah Warisan Boria mendapat sambutan yang menggalakkan dari Penggiat, Ahli-Ahli dan Peminat Boria seluruh tanahair dan luar negara, kini Anda semua dipelawa mendaftar sebagai Sahabat Warisan Boria. Sila isikan borang pendaftaran di sebelah kanan bahagian atas blog ini. Warisan Boria akan dapatkan seberapa ramai sahabat yang boleh.

Jika ada apa-apa acara Boria di tempat anda, Warisan Boria akan hubungi. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai seni warisan boria, Warisan Boria akan sedia menjawab. Anda juga boleh menyertakan gambar sendiri ataupun gambar kegiatan boria di tempat anda dan hantarkan melalui email yang tertera di sebelah kanan blog ini.

Mulalah mendaftar dari sekarang dan anda akan diberikan nombor sahabat masing-masing. Terima kasih.

2 ulasan:

Abam Kie berkata...

Salam Bapak Omar,

Tahniah kerana mengangkat seni warisan Melayu ke puncak dunia. Saya harap akan ada generasi baru yg bakal menyambung daya usaha Bapak Omar. Insya Allah.

Cikgu Zuki
zukidin.blogspot.com

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Salam dan Terima kasih Cikgu Zuki,
Betul tu cikgu, semoga ada generasi baru yang akan menyambung usaha ini kerana yang pentingnya seni warisan boria tidak hilang begitu saja.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...