Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Selasa, September 13, 2011

Sketsa Wajib di Permulaan Persembahan Boria




SKETSA/LAKONAN BORIA

Bagi memulakan persembahan boria, wajar dimulakan dengan lakonan atau pun disebut juga sketsa. Dalam sketsa/lakonan boria, ada watak lelaki dan perempuan akan digandingkan bersama. Pada masa sekarang, tema cerita yang paling popular kemasyarakatan dan kritikan sosial. Lakonan ini ditampilkan secara spontan dan skrip tidak diperlukan oleh pelakon. Para pelakon boleh memanjangkan atau memendekkan lakonan mereka menurut kemahuan mereka sendiri serta penyesuaian masa.

Lakonan mereka akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk menggelikan hati penonton. Walau bagaimanapun, tidak semestinya sketsa boria hanya berlawak jenaka, ianya juga boleh dilakonkan mengikut tema sesuatu cerita. Bilangan pelakon sketsa adalah tidak terhad. Paling menarik dan sesuai ialah 3-4 orang. Mereka akan membawa watak sketsa dialog sebagai pencadang atau pembangkang.

Fakta:

Sejak akhir akhir ini ada kumpulan boria yang buat persembahan boria tanpa memulakannya dengan sketsa. Sebenarnya, atas apa jua alasan kita takdapat terima ianya sebagai BORIA. Sebab itu dalam sesuatu pertandingan boria yang diadakan, markah tinggi terletak kepada ‘sketsa’.

Untuk memartabatkan boria dan menjaga keaslian seni warisan Pulau Mutiara ini, diharap kita hendaklah pastikan yang tiada siapa dapat menghalang sesuatu persembahan boria itu dari membuat sketsa (walaupun pendek sketsanya, harus dipersembahkan juga di awalnya). Sebab itu boria dikategorikan dalam ‘teater’ dan bukannya ‘tarian’.

2 ulasan:

Kaknab berkata...

kaknab setuju dengan pendapat cik omara. tanpa sketsa boria macam cacat je persembahannya.

OMARA berkata...

Terima kasih Kaknab.... SEmoga KakNab terus mengikuti perkembangan blog Warisan Boria Ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...