Boria Zaman Dahulu
Rabu, Januari 06, 2010
Menjawab Tuduhan di Media 'Boria Pulau Pinang'
Baru-baru ini saya terdengar ada seorang yang bercakap di media berikan pendapatnya sebab-sebab boria tidak berkembang di Pulau Pinang. Dia mengatakan, sepatutnya orang-orang lama boria tidak mempertahankan keaslian boria dan biarkan boria dimainkan dalam bentuk lebih moden dengan memasukkan irama hip hop dan sebagainya. Katanya dengan cara ini barulah orang muda ramai yang ingin menyertai 'boria'. Pengadil-pengadil pertandingan boria pula berikanlah kepada orang muda untuk turut serta selain dari orang tua-tua penggiat boria.
Ingin saya jawab di sini untuk membetulkan pendapatnya di atas:
1. Boria tidak berkembang di Pulau Pinang bukanlah kerana orang-orang muda sudah tidak sukakan boria lagi, sebaliknya ramai generasi muda, remaja dan kanak-kanak yang meminatinya. Tapi untuk apakah ditubuhkan kumpulan-kumpulan boria jika tidak ada peluang atau ruang untuk dibuat persembahan! Itu sahaja jawapannya, saya dah buat kajian.
2. Jika ada pihak yang ingin sangat nak meng'hip hop'kan boria, atau mem'black metal'kan boria dan sebagainya.... buatlah. Tapi janganlah dinamakan persembahan tersebut sebagai 'boria'. Apakah teruk sangat persembahan boria hinggakan terpaksa dirojakkan keasliannya supaya menarik? Padahal boria memang dah menarik dan tidak menjemukan, kalau tak percaya tanyalah orang-orang boria dan peminat boria sendiri. Warisan tetap warisan.... mana boleh diubah-ubah. Lihat Bandaraya George Town dan Melaka yang telah diiktiraf sebagai bandar warisan dunia, kenapa bangunan-bangunan lama yang telah menjadi warisan tidak diruntuh dan dibina semula supaya nampak lebih cantik dan menarik? Tak usahlah di runtuh juga boria kerana dia sendiri sudah menarik. Ciptalah sendiri corak seni lain jika terlalu benci dengan keaslian boria ini. Kenapa orang Kelantan tidak merosakkan keaslian dikir barat mereka?
3. Janganlah bencikan sangat orang-orang tua penggiat boria seperti kami kerana mempertahankan keaslian boria. Kami berjuang demi memartabatkan warisan seni ini walaupun perjuangan kami tidak diperdulikan. Walaupun kami tidak pernah mendapat apa-apa penghargaan dan sokongan.
4. Untuk memajukan kembali boria sebenarnya terletak kepada pihak-pihak yang 'mempunyai kuasa'. Jika diberikan ruang, boria akan segar kembali. Majlis-majlis rasmi yang mengutamakan tarian sepatutnya digantikan dengan persembahan boria. Pesta Pulau Pinang contohnya yang berlangsung selama 41 malam hanya berikan ruang kepada boria dalam masa semalam sahaja. Band-band, artis dan persembahan lain mengambil tempat dan mendapat bayaran yang lumayan pula sedangkan boria tidak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan