Boria Asli Omara di Festival Boria 2014

Isnin, April 20, 2009

Boria Dalam Akhbar Sinar Harian 20 April 2009


Terima kasih Siti Nadiah dari Skuad Cakna Akhbar SINAR HARIAN yang menulis mengenai boria dengan tajuk : Pak Lah tidak mahu boria pupus. Kerjasama dari akhbar dan media amatlah diharapkan semoga seni warisan yang baru diiktiraf sebagai Seni Warisan Kebangsaan ini akan kembali popular dan dapat diterima oleh generasi hari ini dan seterusnya akan datang.

Baru-baru ini terdapat juga usaha daripada sebuah penerbitan majalah dalam bahasa Cina yang menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai boria. Begitu juga kami menaruh harapan tinggi kepada RTM yang kini dibawah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya dapat memberi tempat kepada kesenian warisan yang hampir pupus di buminya sendiri ini.

1 ulasan:

myfr3ak berkata...

Salam mamu! Nak tanya sikit boleh tak? Mamu ada tak lagu yang liriknya,

"Selamat datang ke pulau pinang, naik feri jangan berenang,..., Kami mengucapkan selamatlah datang"Saya pun dah lupa lirik boria tu macam mana. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...