Boria Zaman Dahulu

Isnin, April 13, 2009

Dapatkan DVD BORIA Terbitan DBP Pada 21 April Di PWTC

Yang dinanti-nantikan kini dah tiba. Sebuah penerbitan ‘hebat’ dari Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa Dan Pustaka ‘Seni Persembahan Boria’ akan diedarkan minggu depan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada 21 April 2009 (Selasa) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Kepada peminat-peminat seni warisan ini dan mereka yang ingin mendalami ‘Boria’ dapat menyaksikan sebuah Dokumentari Boria selama satu jam dan 7 buah persembahan boria dahulu dan sekarang dalam 1 set yang mengandungi 2 keping DVD.

“Alhamdullilah! Terima kasih Encik Jamaluddin Mohd Sulong, Encik Amran Joned, Puan Siti Zaleha M. Hashim, Puan Rohana Abdul Rahman dan semua yang terlibat dari Bahagian Multimedia Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur yang telah memberi kepercayaan kepada saya menguruskan penerbitan ini dari awal hingga akhir lebih kurang setahun (termasuk membuat kajian dan skrip).

Saya gembira kerana hasil dokumentari ini nanti akan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat dan pencinta seni dan warisan tanahair dan generasi akan datang”.

- - Omar M. Hashim (OMARA) P. Pinang 13 April 2009

4 ulasan:

pai berkata...

salam, sy fairus osman , stdent usm, mcm mn nak dapatkan minus one lagu boria n dvd tersebut, sy berminat kerna tuk tugasan kursus universiti sy, oleh itu sy memohon kerja sama dr pihak tuan tuk membantu sy... Pembentangan tugasan sy adalah asal usul dan persembahan boria... sesungguhnya sy ingin lakukan yg terbaik tuk tugasan krja kursus sy ini dan juga memberi pendedahan kpd rakyat msia tntg asal usul boria dan juga persembahannya. sekian terima kasih.... kerjasama dri pihak tuan sy amat hargai....

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Salam sdr. fairus osman, terima kasih kerana hubungi saya. Sdr fairus boleh telefon terus kepada saya di talian: omara - 013-4220091 atau 019-5161788. saya boleh aturkan cara penghantaran dvd dan cd minus one boria tersebut terus kepada fairus.Harga dvd rm35 dan cd minus one boria rm40.jika keduanya sekali saya boleh kurangkan menjadi rm70. saya nantikan telefon dari sdr. fairus. terima kasih.

zaly berkata...

Kalau boleh text didalam blog post ditukarkan dari warna merah ke warna putih sebab susah nak baca.....

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Tkasih Zaly.....
Ya.. betul tu saya pun baru tengok... sebab hari tu saya tukar rekabentuk dan warna blog.. jadi ada bahagian yang jadi begini... Tkasih atas perihatin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...