Boria Zaman Dahulu

Isnin, Oktober 12, 2009

Aini Omar Tukang Karang Boria Wanita 1975




Petikan dari akhbar Berita Harian, Khamis 24 Julai 1975 tulisan saya sendiri - Omar M. Hashim

".... Aini Omar, nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat boria telah menceburkan diri dalam lapangan ini sejak berusia empat tahun lagi. Ketika itu Aini cuma mengambil peranan kecil mengikuti setiap persembahan boria di mana bapanya sendiri menjadi pengasuh dan ketua.

Sejak itu minatnya dalam lapangan ini sungguh menggalakkan dan Aini mencuba-cuba pula menyanyi dan menari bersama-sama peserta yang lain dalam kumpulan itu. "Saya tidak sangka segala usaha dan latihan sejak kecil itu telah menelurkan kejayaan pada diri saya sekarang ini," jelas Aini.

Kejayaan gadis ini memanglah boleh dibanggakan kerana Aini adalah merupakan seorang tukang karang kumpulan boria wanita yang pertama sekali di Malaysia. Suatu ketika dulu wajahnya sering muncul dalam rancangan-rancangan boria persembahan Tv Malaysia bersama-sama anggota kumpulannya Boria Kampung Jawa, Pulau Pinang, yang dipimpin oleh bapanya sendiri, Encik Omar Ghaush.

Selain dari Tv, kumpulan boria ini juga sering bermain di rancangan-rancangan hiburan Radio Malaysia Pulau Pinang dan di pentas-pentas pertunjukan kebudayaan. Menurut Aini, kesemua senikata-senikata pantun boria tersebut adalah hasil ciptaannya serta dibantu oleh bapanya sendiri.

"Boria adalah merupakan satu cabang seni yang mudah dan boleh memberikan kesan kepada pendengar-pendengarnya. Kita dapat menyampaikan sesuatu nasihat dan pengajaran yang berguna melalui babak jenaka dan senikata lagu-lagunya," sambung Aini lagi. Gadis hitam manis yang sering tersenyum ini seterusnya menyatakan azamnya untuk terus hidup sebagai seorang tukang karang boria wanita sambil mempertahankan seni boria iaitu salah satu cabang seni rakyat ini supaya terus diminati oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat...."

Aini Omar yang ketika itu berusia 17 tahun kini telah mencapai usia 51 tahun. Anaknya Mahathir Mehat 28 tahun kini mengikut jejaknya sebagai seorang penyanyi.

Gambar-gambar saya ambil sendiri dan berita tulisan saya juga di tahun yang sama. Klik di gambar akhbar untuk lihat lebih jelas artikel tersebut.

4 ulasan:

kaknab berkata...

kaknab kenai ani ni, apa khabaq di ala ni nooo

kaknab berkata...

kaknab kenai ani ni, apa khabaq dia la ni noooo

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

terima kasih kaknab kerana mai sini. untuk pengetahuan kaknab, saya hanya jumpa dan bercakap dengan anak dia saja si Mahathir tu... tapi Ani dah tak kenai saya. Saya habaq macam mana pun dia tak ingat juga yang dulu saya pernah ambik gambaq dan temuramah dia dalam akhbar....

Tanpa Nama berkata...

MAHATHIR : Salam Aunty Nab and Uncle Omar, Mama alhamdulillah. Apa2, bole call mama... Kalau nak call number dia, please call me. Number 0164711570.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...