Boria Zaman Dahulu

Jumaat, Oktober 02, 2009

Penggiat Boria Seberang Perai Allahyarham Toran Senapi




“.......Siapa tak kenal Cikgu Toran. Nama sebenarnya Toran bin Senapi, berasal dari Penanti, Seberang Perai. Beliau merupakan seorang pelawak, di padang bola dia sebagai pengadil bolasepak menekala di sekolah pula dia ialah seorang guru yang serious. Toran mula berlawak sejak tahun 1947, ketika itu dia bergiat dalam Pergerakan Pengakap di sekolahnya.

Dalam tahun 1952, Toran menubuhkan Kumpulan boria di bawah pimpinannya sendiri di Permatang Sintok, Kepala Batas dan seterusnya menjadi penyanyi tukang karang kumpulan tersebut. Pada mulanya beliau diberi peranan berlakon dalam rancangan-rancangan Sandiwara Radio kelolaan Zulkifli Amin, di Radio Malaysia Pulau Pinang. Bintangnya semakin bersinar, dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehinya dalam pertandingan lawak jenaka anjuran Radio Malaysia Pulau pinang.

Toran dan rakan karibnya ketika itu Mohd. Noh B.A. telah menubuhkan kumpulan lawak jenaka sendiri. Pelawak Maidin Ibrahim juga pernah menyertai kumpulannya. Mereka sering mengambil bahagian dalam rakaman-rakaman rancangan hiburan RTM Pulau Pinang di samping pertunjukan-pertunjukan pentas di utara.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Methodist, Nibong Tebal, lalu menubuhkan pula kumpulan Boria Badan Kebudayaan Guru Guru Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam dalam tahun 1975 hingga 1976. Dua kali berturut-turut kumpulan boria pimpinannya menduduki tempat ke dua dalam pertandingan Boria Dendang Rakyat anjuran RTM. Tapi Toran tidak berputus asa, tahun 1977 dia muncul pula dengan Kumpulan Boria Seri Penanti yang telah terpilih menyertai pertandingan akhir Dendang Rakyat......”

Petikan berita hiburan tulisan saya yang telah disiarkan di akhbar Berita Harian, Khamis, 15 Disember, 1977. - Omar M. Hashim (OMARA)

2 ulasan:

Ahmad Fathi berkata...

Assalamualaikum mamu...terima kasih kerana menyiarkan serba sedikit mengenai arwah cikgu saya ni...semoga pengorbanan beliau sebagai guru dan mengajar saya seni boria ini akan dikenang sepanjang hayat saya....SELAMATKAN SENI WARISAN..
Terima Kasih MAMU...

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Waalaikumsalam Ahmad Fathi...
Ya, selepas Fathi berikan gambar boria dan cikgu Toran, saya terus menyelongkar fail-fail lama cari berita ni... nasib baik jumpa dan tidak dimakan ulat buku lagi...
Saya bangga, kerana Cikgu Toran salah seorang penggiat boria Seberang Perai yang aktif sedangkan ramai orang-orang sebelah Pulau (Pulau Pinang) yang sangka boria hanya ada sebelah sana saja....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...