Boria Zaman Dahulu

Isnin, Julai 13, 2009

Muzik Boria Asli Lebih Meriahkan Persembahan




Dalam persembahan boria, peralatan muzik yang digunakan tidaklah begitu khusus. Apa yang penting ialah keupayaan para pemuzik membawakan irama lagu yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang boria. Lantaran itulah, alat muzik yang sering digunakan, hanyalah gendang dan violin.

Walaubagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik dapat digunakan semakin hebat dan baiklah persembahan tersebut.

Antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordian, marakas, harmonika, trumpet dan lain-lain.

Kini, muzik minus one telah menggantikan alat-alat muzik yang biasanya dimainkan secara terus.

Namun begitu saya rasa keaslian boria patutlah dikembalikan. Sesuai dengan boria asli telah dipilih dan diangkat sebagai Warisan Seni Kebangsaan maka seelok-eloknya persembahan muzik secara terus dapat dikembalikan seperti asalnya.

1 ulasan:

Nur Hanisah bt Ithnin berkata...

Salam en omara. boleh tak en. omara mengulas tentang boria tradisi. apa sebenarnya boria tradisi tu?samakah dengan boria asli?apa ciri-ciri nye?terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...