Boria Zaman Dahulu

Isnin, September 19, 2011

Chik Pelakon/Pelawak Sketsa Boria


Chik ataupun nama sebenarnya Rosely bin Abdullah. Bermula dengan bermain muzik (drum), dalam tahun 70an Chik menyertai Kumpulan Boria Bistari, Telok Air Tawar Butterworth dibawah pimpinan Sarjan Abu Bakar.

Chik bersama pasangan kembarnya Teh atau nama sebenarnya Roslan terlibat dalam kumpulan boria ini bersama-sama. Chik bermain sketsa dan Teh pula jadi sailor atau kelasi boria. Ramai orang keliru kerana mereka dua beradik kelihatan sama pada masa itu.

Kumpulan Boria Bistari pernah mendapat Johan dalam pertandingan Boria Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM tahun 1983 yang diadakan di Johor. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Boria Dakotas, Pulau Pinang.

Gambar Chik (berpakaian perempuan sebelah kiri) bersama-sama dengan rakan kumpulan sketsa Boria Dakotas semasa menyertai Pesta Dendang Rakyat tersebut.

Bawah : gambar sijil penghargaan dari RTM kerana sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan rancangan Pesta Dendang Rakyat ke 8 1983.

Sejak akhir akhir ni, Chik melibatkan pula dirinya sebagai Tukang Karang boria dan kerap dapat diikuti di radio radio dalam rancangan Boria.






Fakta RTM:

TV Malaysia bermula di studio, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 28 Disember 1963 dan berpindah ke Angkasapuri pada 1969 yang menggabungkan perkidmatan radio dan TV menjadi Radio Televisyen Malaysia (RTM). RTM terus berkembang di Angkasapuri yang menyaksikan wujudnya Rangkaian Kedua TV Malaysia dan beberapa perkhidmatan radio termasuk Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) dan Radio FM Stereo. TV warna bermula pada 1978 bersama logo baharu RTM diikuti dengan logo-logo berikutnya pada 1987 dan 2004.

Turut dipaparkan teknologi siaran radio dan TV mengikut zaman. RTM juga membantu usaha memupuk nilai-nilai murni masyarakat di samping mencungkil bakat seni melalui Bintang Radio, Bintang RTM, Juara Kugiran, Bakat TV, Dendang Rakyat hinggalah kepada pelbagai pertandingan lain era kini termasuk Rentak Juara, Bintang Klasik Nasional, Pentas Pilih Kasih, Juara Asyik. RTM juga menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negeri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...